Prestasi skuad bola sepak bawah 15 tahun Malaysia sangat mengagumkan apabila muncul sebagai juara trofi Kejuaraan B-15 (Persekutuan Bolasepak ASEAN) selepas menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Kampus, Chonburi.
Namun begitu, menerusi Twitter Vocket FC menunjukkan satu insiden di mana pemain bola sepak negara bertumbuk dengan pasukan dari Thailand itu di penghujung babak perlawanan. Situasi tegang itu berlaku setelah tuan rumah ketinggalan 2-1 dan berjaya diselesaikan dengan tenang oleh pihak pengadil.
Pemain Thailand koyak teruk
Video pasukan Thailand B15 yang koyak teruk sehingga mencetuskan aksi tumbuk menumbuk dipenghujung perlawanan.#VocketFC#AFFU15 pic.twitter.com/LQFMiIAcZf
— VOCKET FC (@vocketfc) August 9, 2019
Sungguhpun pasukan Thailand berada di depan terlebih dahulu pada minit ke 16, semangat pasukan Malaysia tidak boleh disangkal lagi apabila membuat aksi comeback pada babak kedua dengan jaringan penyamaan dari Muhammad Izrin Ibrahim pada minit ke 69. Gol kemenangan pasukan Malaysia hadir selepas 10 minit gol penyamaan hasil jaringan Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin
Video berdurasi dua minit ini memaparkan insiden tumbuk menumbuk antara pasukan Malaysia dan Thailand. Hal ini tercetus apabila salah seorang pemain Thailand tidak berpuas hati dengan tindakan pemain Malaysia di babak akhir perlawanan.
Lupa bukan dalam gelanggang muai thai
Sumber: Vocket FC