Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa negeri Melaka sememangnya destinasi pilihan pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara.
Selain tersimpan 1001 sejarah menerusi peninggalan bangunan lama, Melaka sentiasa tampil dengan daya tarikan bagi menyemarakkan lagi kedatangan pelancong ke negeri itu.
Artikel Berkaitan : [VIDEO] 6 Fakta Menarik Tentang ‘Dinner In The Sky’ Yang Pasti Buat Korang Gayat!
Kali ini kami nak kongsikan tarikan terbaru di Melaka yang korang wajib cuba bila bertandang ke sana iaitu The Shore Sky Melaka! Untuk orang-orang yang berani je!
The Shore Shopping Gallery
Sky Tower ini sebenarnya di terletak di The Shore Shopping Gallery yang baru dibuka beberapa bulan yang lalu. Agak-agak dah bosan dekat Sky Tower, boleh lah turun shopping dekat bawah pula.
Antara tarikan lain yang terdapat di sekitar kawasan The Shore Shopping Gallery itu ialah Resort dan Hotel 4 bintang yang memang superb! Selain itu ada juga Oceanarium, boleh bawa anak-anak.
42 tingkat
Untuk sampai ke Sky Tower, korang perlu naik liff ke tingkat 42 bersamaan dengan 163 meter dari aras laut . Tapi untu sampai ke Sky Tower, korang kena transit di tingkat 3A
Kalau sebelum ini korang pernah pergi One City Sky Park, kami jamin Sky Tower Melaka ini lagi menarik.
Dekat atas tu siap ada kolam ikan koi lagi tau.
Ibarat berjalan di atas udara!
An experienced to see around Malacca through the skyscraper building (The Shore). The best view at the top and you might…
Posted by Azrul Azizi Aziz on Tuesday, 21 July 2015
Walaupun baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lalu, Sky Tower dah pun dikunjungi ramai. Masing-masing tak ketinggalan share foto & video mereka di sana.
Tapi part berjalan di laluan dan tangga ini memang serious gayat! Mana taknya, tengok kiri kanan bawah macam jalan atas udara.
RM18 sekali masuk
Buat masa sekarang RM18 dikenakan kepada pengunjung yang mahu menikmati pemandangan menarik di Sky Tower ini. Sekali masuk RM18 dan korang boleh stay selama mana yang mahu.
Lihat pemandangan sekitar bandar Melaka
Di Sky Tower ini korang boleh nikmati pemandangan sekitar bandar Melaka. Ambil gambar seberapa banyak yang korang nak tapi ada satu spot yang korang tak boleh ambil gambar.
Bukan tak boleh, tapi korang kena guna camera mereka. Bayaran RM45 dikenakan kalau korang nak gambar yang diambil itu. Contohnya macam foto dekat bawah ini.
Tunggu apa lagi, jom pergi! Kalau kawan ada yang jenis gayat, jangan bawa! Hihi