berita

Thor: Love And Thunder ‘Confirm’ Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

July 28th, 2022 | by Wan
Kini Trending

Peminat filem Marvel Studios nampaknya sudah boleh melupakan hasrat untuk menonton filem Thor: Love And Thunder di pawagam apabila Walt Disney Studios Motion Pictures mengesahkan filem tersebut tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Baru Dua Minggu Ditayangkan, Filem ‘Spider-Man: No Way Home’ Catat Kutipan Box Office Melepasi AS$1 Bilion!

Artikel Berkaitan: ‘Spiderman’ Tolong Nenek Lintas Jalan

Tak jadi tayang

Menerusi satu kenyataan di Facebook, GSC berkata pembatalan tayangan filem sekuel keempat terbitan Marvel Studios itu telah diputuslan oleh Disney.

Dimaklumkan bahawa Disney telah memberi kemas kini terbaru bahawa Thor: Love and Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan dan menghargai kesabaran anda.

Untuk rekod, filem tersebut sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 7 Julai namun ditunda ke 21 Julai. Tidak lama selepas itu GSC sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa tarikh tayangan filem terbabit masih tidak ditetapkan.

Walaupun tiada alasan rasmi berkaitan pembatalan tayangan filem sebut, namun khabar angin dalam kalangan peminat menyatakan ianya mungkin disebabkan oleh beberapa adegan ‘panas’ yang kurang sesuai dipertontonkan kepada umum khususnya di Malaysia.

SKIP THIS AD ×