berita

Throwback Menggila 2014 : Perangai Artis Yang Tak Patut Ditiru

December 10th, 2014 | by Wan
Kini Trending

jgn

Bukan senang sebenarnya nak jadi public figure, semua perkara yang mereka lakukan mendapat perhatian masyarakat,sama ada perkara yang elok atau sebaliknya.

Kami di OHBULAN! yakin semua orang tak terlepas daripada melakukan kesalahan, begitu juga para artis. Pepatah ada mengatakan yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan. Sebelum banyak lagi pepatah yang kami keluarkan, jomlah kita layan dulu throwback ini!

abil

Persengketaan Antara Ahli Keluarga Di Laman Sosial

Sekitar Jun yang lalu industri seni tanah air gempar apabila penyanyi rock lagenda, Amy Search dikatakan memaki hamun kekasih hati anaknya secara terbuka di laman Instagram milik Nabila Huda.

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Enggan Komen Isu Amy Search Mengamuk Dan Maki Teman Lelaki

Tindakan Amy Search itu bersebab kerana berang dengan tindakan Nabila Huda memuat naik sekeping gambar yang mengundang kritikan peminat. Selang beberapa hari Nabila Huda tampil dengan beberapa tweet, merayu supaya Amy Search memperbetulkan kembali keadaan.

Persengketaan itu berlarutan hingga beberapa bulan namun air yang dicincang takkan putus, hubungan Amy Search dan Nabila Huda kembali pulih pada syawal yang lalu.

Sepatutnya masalah keluarga seperti ini harus diselesaikan secara baik dan tertutup, tambah-tambah pula mereka ini artis, hurm.

shar

Bergaduh Sesama Artis

Siapa tak kenal dengan Sharnaaz Ahmad, hero malaya yang tak pernah lekang daripada kontroversi. Karakternya yang begitu lantang dalam memberikan pendapat dan teguran sering kali mengundang rasa tak puas hati banyak pihak.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Sharnaaz dikatakan telah menengking Lisdawati ketika berada di set penggambaran dan hal ini mengundang kemarahan suami aktres itu, Fauzi Nawawi.

Belum pun reda dengan kontroversi berkenaan, Sharnaaz menghentam pula peserta The Band. Jangan terkejut, Diva AA ‘why bother’ pun pernah kena hentam dengan Sharnaaz ini. Sharnaaz oh Sharnaaz!

erin (2)

Berhibur Di Kelab Malam

Mengunjungi kelab malam bukanlah satu perkara yang mulia di mata peminat apatah lagi apabila tersebarnya foto berhibur. Situasi ini terjadi kepada Erin Malek yang ketika itu baru beberapa hari melangsungkan perkahwinan.

Artikel Berkaitan:

Antara artis lain yang turut terpalit dengan kontroversi katanya berhibur di kelab malam ialah Tauke Jambu dan Zul Ariffin. Tapi Zul kata dia cuma tengok live band je, hurmm. Apapun, kepada peminat OHBULAN! kami sarakankan kalau nak berhibur pergi main bowling ke, tak pun cari mana-mana fun fair yang berdekatan. Lol!

SKIP THIS AD ×