berita

[THROWBACK] 8 Kisah Hidup Yus Jambu Yang Tak Diketahui Ramai

November 30th, 2015 | by Wan
Kini Trending

cover

Lewat malam semalam berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus mula tersebar di laman sosial. Bagaikan tidak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham telah pun meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas.

Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati dan dirindui keletahnya yang tidak jemu menghiburkan orang ramai. Berikut beberapa momen dan lawak dari beliau yang sehingga hari ini masih segar di ingatan.

Sinaran Pasport Kegemilangan

yus5

Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang sebelum ini pernah melahirkan pelawak-pelawak terkenal seperti Senario dan ramai lagi.

Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut.

Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan

yus6

Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yang buat pertama kalinya diadakan.

Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri dan berjaya mengalahkan mereka.

Hidup sebatang kara

yus7

Semasa final Raja Lawak musim pertama ni, nama Pak Yus diumumkan sebagai juara. Terkejut malah dia menangis teresak-esak tak sangka menang.

Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan kan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Pak Yus, tercengang kejap. Pak Yus rupanya sebatang kara dan hidup agak daif sebenarnya.

Jual kereta menang Raja Lawak demi…

Screen Shot 2015-11-30 at 11.28.00 AM

Punchline & lawak bersahaja

Screen Shot 2015-11-30 at 11.19.36 AM

Pak Yus memang berbakat, malah lawaknya cukup bersahaja namun diingati. Gandingan Pak Yus dan Tauke dalam Maharaja Lawak memang betul-betul menjadi.

Malangnya selama beberapa musim, mereka tidak berjaya bergelar juara.

Sangat disenangi rakan artis

Screen Shot 2015-11-30 at 11.49.07 AM

Personaliti Pak Yus yang tidak sombong & cukup merendah diri disenangi ramai terutamanya dalam kalangan rakan artis.

Malah dia juga mesra dengan peminat dan sering kali dilihat berbalas komen di laman Instagram.

Suka kucing

Screen Shot 2015-11-30 at 11.37.02 AM

Kalau tengok di Instagram miliknya, Pak Yus memang selalu memuat naik gambar bersama kucing yang dipelihara. Memang arwah suka sangat dengan kucing.

Pak Yus dalam kenangan

Screen Shot 2015-11-30 at 11.38.16 AM

Din Beramboi, Harun Salim Bachik dan sekarang giliran Pak Yus pula meninggalkan ita. Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.

Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

SKIP THIS AD ×