berita

Throwback Menggila 2014 : Selebriti Wanita Bercerai

November 28th, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

cerai kesian

Gagal dalam hubungan rumah tangga bukanlah satu perkara yang didambakan oleh setiap insan. Iyalah hubungan yang di bina atas dasar cinta dan kasih sayang, berjanji setia untuk sehidup semati tetapi tiba-tiba putus di tengah jalan.

Itulah pahit yang terpaksa ditelan oleh beberapa orang selebriti tanah air apabila bercerai dengan pasangan masing-masing sepanjang tahun 2014 ini. Kita merancang, tuhan menentukan.

emran-erra1

Erra Fazira

Perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama 7 tahun di antara Erra Fazira dan Engku Emran akhirnya musnah apabila mereka disahkan bercerai sekitar Februari yang lalu. Terdahulu, Erra didakwa tidak lagi tinggal sebumbung bersama bekas suaminya.

Artikel Berkaitan: Erra Fazira & Suami Sah Cerai Talak Satu

Dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, hak pengjagaan Tengku Aleesya diberikan sepenuhnya kepada Engku Emran manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

sari

Sari Yanti

Pelakon yang mula menempa nama melalui drama Kisah Kaisara, Sari Yanti memfailkan permohonan cerai terhadap bekas suaminya, Eddy Casmady pada 25 Februari yang lalu.

Artikel Berkaitan: 5 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Sari Yanti Fail Permohonan Cerai

Mendirikan rumah tangga pada 16 Januari 2009, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

adam

Adam & Fiza

Selepas hanya beberapa bulan mendirikan rumah tangga, Adam dan Fiza disahkan bercerai talak satu pada April yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Artikel Berkaitan: Adam & Fiza Disahkan Cerai Talak Satu

Tidak dapat dipastikan punca utama penceraian mereka namun pada Julai yang lalu pasangan ini kembali rujuk. Syukur Alhamdulillah, kami di OHBULAN! merasa bangga dan sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga Adam dan Fiza.

izreen

Izreen Azminda

Pelakon yang digandingkan bersama Amar Baharin melalui drama popular ‘Kerana Terpaksa Aku Relakan’ telah pun sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Riza pada Jun yang lalu.

Artikel Berkaitan: Panas! Izreen Azminda & Suami Sah Cerai Talak Satu

Pada awalnya desas desus timbul apabila Izreen dikatakan telah diceraikan oleh suaminya ketika berada di set penggambaran, namun Izreen tampil menafikan dakwaan tersebut.

dynas

Dynas Mokhtar

Setelah sekian lama menyembunyikan kisah pergolakan rumah tangga yang dibina hampir 7 tahun, Dynas Mohktar akhirnya sah bercerai dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz pada Februari lalu.

Artikel Berkaitan: Dynas Mokhtar Jumpa Pakar Sakit Jiwa Kerana Isu Cerai

Terdahulu, laporan sebuah akhbar mengatakan Dynas telah bercerai dan terpaksa menyembunyikannya kerana terikat dengan kontrak sebagai duta produk kelengkapan diri.  Hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya, Dynas dikurniakan dua orang cahaya mata.

SKIP THIS AD ×