berita

Throwback Menggila 2014: Top 5 Muzik Video Yang Banyak Ditonton Di Youtube

December 8th, 2014 | by Wan
Video Popular

youtube

Tolong tepi sikit, tolong tepi sikit! Haa korang pun baca sambil nyanyi kan? Eleh ngaku jela. Perasan tak tahun ni kebanyakan lagu-lagu yang meletop menampilkan rappers seperti Joe Flizzow, W.A.R.I.S, dan SonaOne.

Mungkin lagu yang berentak rap ini mudah diingati di samping mempunyai alunan musik yang menarik antara sebab peminat suka akan genre sebegini. Mana tidaknya, kalau diperhatikan views lagu-lagu rap ini di Youtube untuk tahun 2014, memang antara yang paling banyak ditonton.

sleeqqqq

Tepi Sikit – Sleeq Feat Joe Flizzow

Menggabungkan artis dari dua negara serumpun, Sleeq dan Joe Flizzow tampil bergaya dengan lagu terbaru mereka Tepi Sikit sekitar Mei yang lalu. Lagu yang berentak rap itu mendapat lebih daripada 4 juta tontonan di Youtube dan antara yang terbanyak setakat ini.

Walaupun pada awalnya agak annoying untuk didengar, lagu ini terus menjadi siulan para peminat terutamanya generasi Y. Di kesempatan ini kami di OHBULAN! nak ucapkan tahniah kepada Syarif Sleeq yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hati, Malaque pada November yang lalu.

njjjj

Hilang – Najwa latif

Siapa sangka di awal pembabitan hanya digelar sebagai artis Youtube, Najwa Latif kini mengorak langkah maju setapak ke hadapan apabila muzik video Hilang miliknya mendapat lebih daripada 2.5 juta tontonan di Youtube.

Bagi kami, ini suatu perkara yang boleh dibanggakan kerana dalam banyak-banyak muszik video berentak pop balada bagi tahun 2014, Hilang paling banyak ditonton.

jolobu

Gadis Jolobu – W.A.R.I.S Feat Dato’ Hattan

Ko jolobak ko jolbu, tuai padi tigo tangkai. Haaa Korang mesti tak fahamkan apa sebenarnya maksud disebalik lirik lagu Gadis Jolobu ini. Walaupun menggunakan loghat Negeri Sembilan sepenuhnya, lagu ini tetap menjadi siulan peminat.

Turut dicalonkan ke peringkat separuh akhir musik-musik 29, lagu ini telah ditonton sebanyak lebih 2 juta kali di Youtube dan kami yakin lagu ini mampu menembuskan diri ke peringkat akhir, hurm  tunggu jelah.

khabar

Apa Khabar – Joe Flizzow Feat SonaOne

Ramai beranggapan bahawa lagu yang dicipta khas oleh Joe Flizzow ini untuk ditujukan kepada bekas duetnya, Malique ketika sama-sama menubuhkan Too Phat. Bait-bait liriknya yang menceritakan perjalanan  suka dan duka mereka berdua seawal pembabitan jelas mudah ditafsir peminat

Berdasarkan pemerhatian OHBULAN! setakat November 2014, lagu ini telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan di Youtube. Aku tanya apa khabar semua?

black

Si Putih Si Merah – Black Feat RJ

Pernah didendangkan khas oleh Black kepada isterinya semasa hari perkahwinan mereka, lagu ini terus menjadi kegilaan penggemar musik tanah air. Lagu yang menampilkan RJ sebagai rappers ini pasti membuatkan semua gadis terbang di awangan membayangkan kekasih hati menyanyikan lagu ini untuk mereka. So sweet!

http://www.youtube.com/watch?v=qV4hk5vSZpk

Telah ditonton sebanyak lebih daripada 1.2 juta, lagu ini turut layak ke peringkat separuh akhir muzik-muzik ke-29. Goodluck Black dan RJ!

So macam mana korang puas hati tak dengan hasil research kami ini? Apa kata korang share pula lagu pilihan korang untuk tahun 2014.

SKIP THIS AD ×