Semalam berakirnya drama bersiri di slot Samarinda TV3 iaitu Cindai selepas ia bersiaran selama 15 episod. Bagaimanapun, penamat drama yang diteraju dua pelakon popular tanah air, Ayda Jebat dan Nazim Othman itu seakan tidak memuaskan hati penonton tegarnya apabila mereka menyifatkan ia sebagai tergantung dan sukar difahami.
Melihat kepada reaksi luar biasa yang diberikan oleh netizen, Ayda dan Nazim tampil bagi menjawab segala persoalan dan tanda-tanya yang bermain di dalam fikiran penonton di laman Instagram mereka hari ini.
Tiada Cindai 2
https://www.instagram.com/p/B7XsqobgF0K/?utm_source=ig_web_copy_link
Ayda menerusi satu posting terbaru di laman Instagramnya memaklumkan bahawa drama tersebut tidak akan mempunyai siri kedua seperti yang dijangkakan segelintir netizen.
Katanya, pengakhiran yang berlaku drama tersebut merupakan satu kelainan yang dibuat oleh pihak produksi supaya ia tidak menjadi cliche seperti drama-drama yang lain.
Dalam entrinya itu, Ayda sempat mengingatkan bahawa penyakit bipolar disorder seperti yang dilakonkan olehnya boleh dirawat namun tidak mudah dan mengambil masa yang lama.
Terima dengan hati yang terbukaSem
https://www.instagram.com/p/B7WD7lsgshp/?utm_source=ig_web_copy_link
Sementara itu, Nazim yang melakonkan watak sebagai Amir di dalam drama tersebut berharap agar penonton dapat menerima pengakhiran cerita itu dengan hati yang terbuka.
Sama seperti Ayda, pelakon tinggi lampai ini juga berharap agar drama yang dilakonkan olehnya itu dapat membuka mata lebih ramai orang tentang penyakit bipolar disorder yang mungkin sedang dialami oleh sesetengah individu.
Sumber: Instagram Ayda Jebat, Instagram Nazim Othman