Rata-rata ibu bapa berkongsi momen indah menghantar anak sempena hari pertama persekolahan bagi sesi 2023/2024, semalam.
Ini termasuklah pelakon, Yana Samsudin dan suaminya yang berkongsi kisah hari pertama persekolahan anak mereka, Aisy Mateen.
Artikel Berkaitan: Suami Kongsi Keadaan Yana Samsudin Di Hospital – ‘Dua Hari Demam Teruk’
Artikel Berkaitan: Bengang Foto Disunting, Yana Samsudin Beri Amaran Suruh Padam & Minta Maaf!
Artikel Berkaitan: Yana Samsudin Tunai Janji Bawa Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji, Umrah
Hari pertama
Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Yana memuat naik beberapa keping foto yang dilihat sedang mempersiapkan anaknya di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Difahamkan, suami kepada Yana, Fadzil Zahari sebak menghantar anak mereka yang berusia tujuh tahun ke sekolah rendah buat kali pertama.
Alhamdulillah. Hari pertama nampaknya berjaya! Takde drama air mata.
Aisy Mateen pun bersemangat nak ke sekolah. Nak keluar rumah adik dia pun sibuk nak peluk salam. Pagi-pagi jugak atuk, nenek, mommy long, dan teacher sekolah tadika dia bagi kata-kata semangat.
Rasanya daddy dia yang nangis. Tak sangka anak dah besar!
Dalam pada itu, Yana, 39, sempat berseloroh untuk terus ‘dating’ bersama suami selepas selesai menghantar Aisy ke sekolah.
Netizen kongsi momen indah
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai ragam anak-anak yang dikongsi oleh para ibu bapa pada hari pertama persekolahan.
Sumber: Instagram @yanasamsudin