berita

‘Tiada Duit Ke?’ – Norlia Ghani Kesal & Penat Kerja ‘Tanpa Gaji’

May 25th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Setiap kerja yang dilakukan pasti ada habuannya. Namun begitu, terdapat segelintir syarikat yang ambil ringan hal sebegini sehingga menyusahkan individu yang tidak dibayar gaji.

Begitulah kisah pelakon veteran, Norlia Ghani yang meluahkan rasa kesal pada sebuah stesen penyiaran televisyen swasta.

Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Gedik’ Demi Tawaran Berlakon, Norlia Ghani Malas Nak Layan Mulut Rakan Selebriti – ‘Kalau Dia Kata Depan Saya, Paling-Paling Penampar Dia Dapat’

Artikel Berkaitan: Wajah Dibanding Dengan Kavita Sidhu Sampai Trending Di Twitter, Ini Respon Norlia Ghani

Artikel Berkaitan: Foto: Makin Jelita, Jihan Dikatakan Persis Norlia Ghani

Tidak dibayar

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Norlia Ghani memaklumkan bahawa dirinya yang masih tidak mendapatkan bayaran walaupun penggambaran sudah lama habis berlalu.

Tambah pelakon veteran itu, dia akui penat melakukan sesuatu pekerjaan tanpa sebarang hasil.

Sedih sungguh dihati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa tapi Hari Raya pun dah habis. Harap ada la dapat bayaran walaupun sedikit.

Apakah tiada duit? Sedangkan stesen lain cepat sahaja selesai bayaran.

Tolong la bayar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan sikap sesetengah stesen televisyen yang mengambil kesempatan atas artis lama. Selain itu, terdapat juga doa dari kalangan netizen buat Norlia Ghani agar dipermudahkan urusannya menerima bayaran.

Sumber: Instagram @norliaghaniofficial48

SKIP THIS AD ×