berita

‘Tiada Keperluan UiTM Buka Peluang Kepada Bukan Bumiputera’ – Fahmi Fadzil

January 15th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Umum sedia maklum, Universiti Teknologi MARA merupakan universiti awam yang menawarkan pendidikan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera. Namun, tindakan dari beberapa pihak yang mengesa institusi awam ini dibuka kepada semua kaum menimbulkan kegusaran.

Menerusi laporan Astro Awani, Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil menyifatkan institusi awam itu tidak perlu dibuka kepada kaum lain atas sebab-sebab tertentu.

Belum ada keperluan untuk bukan Bumiputera

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata tiada keperluan untuk Kementerian Pendidikan membuka pintu Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada pelajar berbilang kaum dan masih banyak perkara asas dalam sistem pendidikan negara perlu diperbaiki.

Kita ketika ini sedang merangka semula banyak program dalam menstruktur semula sistem pendidikan di Malaysia.

Jadi, saya lihat belum ada keperluan untuk membuka UiTM kepada pelajar bukan bumiputera. Kerana, bagi saya, yang kita perlu usahakan sekarang adalah reformasi di peringkat asas.

Reformasi mengenai dana diperlukan

Tambahnya lagi, dalam usaha memastikan IPTA dan IPTS bebas dan mempunyai autonomi sendiri, satu penstrukturan atau reformasi mengenai dana diperlukan bagi memastikan setiap universiti memiliki keupayaan.

Kementerian Pendidikan masih banyak tugas. Masih belum lagi sampai ke peringkat Institut Pengajian Tinggi Awam atau Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Saya ambil contoh di Universiti Malaya. Ada kegusaran di peringkat pengurusan UM apabila mereka mendapati bagi 2019, ada pemotongan hampir 10 peratus daripada peruntukan bagi tahun ini.

Perkara ini adalah penting dalam menentukan graduan daripada universiti mampu berdaya saing dan diterima pihak industri dan majikan di alam pekerjaan.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×