Julai lalu, kesemua 18 tertuduh kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain diperintahkan membela diri. Perintah tersebut diterima baik keluarga arwah sehingga bapa Zulfarhan bersujud syukur menerima berita tersebut.
Salah seorang tertuduh, Muhammad Afif tampil tampil memberi kenyataan dalam perbicaraan peringkat bela diri kes berkenaan hari ini.
Tidak berniat
Menurut Harian Metro, Muhammad Afif berkata dia tidak berniat untuk menyebabkan kecederaan kepada mangsa mahupun membunuhnya. Tambahnya lagi, dia diberikan seterika wap dan menekap Zulfarhan sebanyak 2 kali.
Saya tiada niat untuk mencederakan Zulfarhan, apatah lagi untuk membunuhnya.
Pada ketika itulah seseorang beri seterika wap untuk saya guna ke atas Zulfarhan. Saya secara spontan guna seterika itu di bahagian paha luar Zulfarhan sebanyak dua kali, tak sampai sesaat pun.
Zulfarhan mengerekot
Peguam Muhammad Afif, Datuk Seri M Ramacheelvam menyoal anak guamnya itu dan Muhammad Afif menjawab Zulfarhan menarik kaki dan seolah-olah mengerekot setelah ditekap.
Kemudian dia meletakkan seterika wap di atas meja sebelum balik semula ke biliknya di bilik 3-3, blok asrama Jebat dan tidak berjumpa dengan Zulfarhan lagi selepas itu.
Bawa mangsa ke klinik
Muhammad Afif berkata, dia bersama tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; tertuduh keenam Abdoul Hakeem Mohd Ali; dan saksi pendakwaan ke-12 Muhammad Sufi Mohd Mustapha, membawa Zulfarhan ke Klinik As-Salam di Bangi menaiki kereta tertuduh ke-16, Muhammad Hasif Ismail pada 27 Mei 2017, jam 12 tengah hari.
Setelah selesai rawatan di klinik, saya minta Muhammad Hasif menghantar saya ke Terminal Bas Selatan untuk saya pulang ke rumah saya di Negeri Sembilan.
Sumber: Harian Metro