berita

‘Tiada Niat, Perkara Ini Bukan Disengajakan’ – Dakwaan Hina Jata Negara, Penerbit Mohon Maaf

June 30th, 2020 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Susulan dakwaan sebuah buku yang dikatakan menghina Jata Negara, pihak polis akan melakukan siasatan lanjut dan memanggil individu terlibat. Buku yang bertajuk ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ itu mempamerkan sebuah logo mirip Jata Negara sebagai muka hadapan.

Menerusi laporan Berita Harian, penerbit buku memohon maaf di atas kontroversi yang timbul. Dia turut meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara tersebut.

Gambar salah satu lukisan lama

Menjelaskan dengan lebih lanjut, Chong Ton Sin berkata, pihaknya tidak ada sebarang niat untuk menghina Jata Negara dan berkata gambar tersebut adalah salah satu lukisan yang pernah dipamerkan sebelum ini.

Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.

Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.

Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung… saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan.

Beliau yang juga merupakan pengarah dan pengasas kepada syarikat penerbitan Gerakbudaya bersedia memberi kerjasama kepada pihak polis sepenuhnya.

Beri kerjasama kepada polis

Foto: Berita Harian

Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.

Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya akan membuka satu kertas siasatan dan kes akan disiasat mengikut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Beberapa individu akan dipanggil termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang terlibat di dalam penghasilan buku untuk keterangan lanjut.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×