Pelakon Adam Shahz memberitahu dia sedia untuk berkompromi dan menyerahkan hak penjagaan penuh anak tunggalnya kepada bekas isteri yang juga aktres Fatin Afeefa.
Artikel Berkaitan: ‘Ivy Sentiasa Dalam Penjagaan Saya Sehingga Kes Induk Selesai’ – Fatin Afeefa
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Ada Sebab Tak Bawa Anak Pergi Umrah – ‘Saya 157cm Pun Kena Penyek, Bayangkan…’
Penetapan perintah mahkamah penting
Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, 42, berkata, isu berkaitan anak ini tidak sepatutnya berlarutan terlalu lama kerana ia boleh memberikan kesan kepada proses pembesaran anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia yang kini berusia 8 tahun. Tambah Adam, dia mahukan keputusan yang terbaik buat hak penjagaan anak bagi kedua-dua belah pihak.
Saya ada mendapatkan nasihat peguam dan dalam kes ini sepatutnya tiada siapa menang atau kalah. Keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk pihak saya dan di sebelah sana. Saya juga tak mahu kes ini berlarutan sehingga boleh memberi kesan kepada anak kami.
Jadi saya ambil keputusan untuk berikan hak penjagaan anak kepada ibunya dan saya diberikan kebenaran untuk melawat serta peluang bermalam bersama anak. Sekarang ini kami hanya menunggu keputusan kes induk tentang hak penjagaan anak.
Kalau sebelum ini saya mahukan hak penjagaan penuh, tetapi rasanya lebih baik seperti yang ditetapkan dalam keputusan interim.
Adam yang ditemui di Malam Gala Filem ‘Walid’ semalam, turut mengakui bahawa penetapan perintah mahkamah itu penting buat mereka supaya tidak timbul salah faham atau isu berbangkit di masa akan datang.
Boleh sahaja berbincang di luar mahkamah, tetapi bagi saya penting untuk dapatkan perintah supaya kemudian hari tidak timbul salah faham antara kami. Mungkin akan berlaku saya sendiri yang tidak berpuas hati jika keputusan dibuat oleh kami sendiri.
Sebelum ini pun saya tidak ada masalah untuk Fatin mendapat hak penjagaan penuh, cuma saya bawa kes ini ke mahkamah kerana mahukan hak untuk berjumpa anak.
Kalau awal dulu saya mohon hak penjagaan penuh, tetapi saya telah pinda untuk berikan kepada pihak sebelah sana.
Jelas Adam lagi, kemelut yang berlaku sebelum ini juga mematangkan dirinya dan berharap hubungan bersama Fatin berlangsung baik tanpa sebarang perbalahan mengenai isu jagaan anak.
Pelakon ‘Juvana’ itu meluahkan rasa lega apabila Ivy dilihat memahami situasi yang berlaku antara dirinya dan Fatin. Bercerita lebih lanjut, Adam berkata Ivy tidak pernah bertanya tentang kisah perpisahan mereka.
Mungkin disebabkan pertelagahan sebelum ini membuatkan kami lebih kenal diri sendiri. Hubungan saya dan Fatin juga baik-baik sahaja. Saya tidak ada masalah untuk berjumpa anak. Ivy pula tidak pernah bercakap tentang isu perpisahan kami. Saya melihat dia sangat matang dan faham apa yang berlaku.