Baru-baru ini pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah mengadakan majlis resepsi mereka bertempat di Sime Darby Convention Centre. Khabarnya majlis tersebut berlangsung dengan meriah umpama perkahwinan di-Raja.
Akan tetapi, masih ada segelintir netizen yang mempertikaikan tindakan Mawar yang menari pada majlis resepsinya itu. Namun, Mawar menerusi Mstar tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa tindakannya itu tidak salah.
Bukan semua boleh terima
Dalam pada itu, Mawar sedar idak semua pihak boleh menerima sesuatu perkara dilakukannya namun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suami.
Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.
Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.
Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya
Dikecam netizen
https://www.instagram.com/p/BcKlbJGF7nb/?hl=en&taken-by=uqashasenrose2
Terdahulu, Uqasha Senrose telah memuat naik video persembahan Mawar itu dan mendapat perhatian netizen yang merasakan Mawar sebagai wanita tidak patut menari dikhalayak ramai. Sebaliknya, Mawar berkata sudah menjadi impiannya untuk menari pada majlis perkahwinannya dan merasakan tarian dipersembahkan tidak keterlaluan.
Dah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian
Kalau sesiapa mengikuti perkembangan karier saya, mereka tahu memang saya gemar menari
Komen negatif tak beri kesan
Disamping itu, Raf Yaakob turut mempertahankan tindakan isterinya dan meminta supaya netizen tidak memperbesarkan isu ini.
Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun dan hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun.
Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami
Takpelah Mawar anggaplah teguran daripada netizen itu sebagai tanda perihatin mereka kepada Mawar dan Raf. Admin mendoakan semoga perkahwinan Mawar dan Raf akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sumber: Mstar