berita

‘Tidak Halang Program Bantuan Ebit Lew Tapi…’ – Pesuruhjaya Polis Sabah

February 2nd, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, pendakwah bebas iaitu Ebit Lew menerusi sebuah postingnya di laman Facebook memohon maaf kepada penduduk di Semporna, Sabah kerana terpaksa menghentikan misi bantuan ke sana disebabkan faktor tertentu. Menurutnya, dia boleh dikenakan denda sehingga RM100k atau penjara sekiranya meneruskan misi tersebut.

Artikel berkaitan: ‘Boleh Didenda RM100k & Penjara’ – Diminta Henti Salur Bantuan, Ebit Lew Mohon Maaf

Terbaru, menerusi laporan Astro Awani, pihak Pesuruhjaya Polis Sabah memberi respon bahawa mereka tidak melarang untuk Ebit Lew dan pasukan sukarelawan menganjurkan aktiviti kebajikan itu.

Tak pernah keluarkan sebarang arahan

Pesuruhjaya Polis Sabah iaitu Datuk Hazani Ghazali memaklumkan pihak polis tidak pernah menghalang atau mengeluarkan arahan untuk menghentikan program misi bantuan yang dianjurkan Ebit Lew itu. Bagaimanapun, Ebit Lew digalakkan untuk merujuk kepada pihak polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

Polis atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program Ustas Ebit Lew di kawasan itu.

Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew.

Bagaimanapun, mereka digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan semata-mata.

Demi keselamatan dan kesejahteraan

Tambahnya lagi, pihak polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan Perintah Berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Perintah berkenaan dikeluarkan adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Ia tidak kena-mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pihak NGO di mana-mana kawasan di negeri ini. Cuma kita minta beliau rujuk dengan pihak berwajib adalah bagi mengenal pasti status pulau dan penduduk terbabit.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×