berita

Tidak Mahu Buka Aib, Suami Lufya Mohon Maaf

October 18th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kontroversi membabitkan perpisahan di antara pelakon Lufya Omar dengan Dr. Che Muhammad Hafiz nampaknya masih belum reda. Beberapa hari sebelum ini, Lufya meluahkan rasa kesal terhadap suaminya yang dikatakan tidak menghadiri sebutan kes cerai yang difailkannya di mahkamah. Malah, bekas peserta Akademi Fantasia itu juga mendakwa dirinya telah digantung tidak bertali oleh suaminya selama lebih empat bulan.

Terbaru tanpa mendiamkan diri, Hafiz telah memuat naik satu posting di laman Instagramnya bagi menjelaskan tentang kontroversi yang sedang melanda dirinya itu.

Bukan cara saya untuk buka aib

https://www.instagram.com/p/B3t0REBBeoW/

Posting terbaru yang dimuat naik Hafiz itu menyatakan bahawa bukan cara beliau untuk membuka aib mahupun memburukkan mana-mana individu. Katanya demi menjaga hati ramai pihak, dia perlu mengikut saluran yang betul.

Tambah Hafiz, dia mahu supaya kemelut yang sedang melanda dirinya itu dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan professional lebih-lebih lagi ia adalah masalah peribadi.

Dia kemudian turut meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perbuatannya dan berharap semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

Tak abai tanggungjawab terhadap anak

Hafiz sebelum ini telah tampil memberikan kenyataan ekoran ketidakhadirannya ke mahkamah seperti yang didakwa Lufya. Menurut Hafiz, dia telah memaklumkan kepada mahkamah tentang ketidakhadirannya terlebih dahulu.

Malah menerusi laporan mStar kelmarin, Hafiz juga turut menafikan dakwaan Lufya yang menyatakan dirinya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab…itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami.

Tidak pernah lagi saya mengabaikan anak seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak lagi tinggal sebumbung.

Sumber: Instagram Che Hafiz, mStar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×