berita

Tiga Beranak Ditemui Mati Dalam Bilik Sewa Bersama Surat Wasiat

September 8th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang wanita bersama dua anaknya ditemui mati di sebuah bilik sewa di Kampung Baru Ampang pada pagi Khamis.

Artikel Berkaitan: Bekas DJ Terkenal Ditemui Mati Membusuk Dalam Bilik Sewa, Sempat Tulis Nota Misteri

Artikel Berkaitan: Sempat Makan Bersama, Lelaki Ditemui Gantung Diri Dalam Tandas Bilik Sewa Tunang

Tiga beranak mati dalam bilik tidur

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan MalaysiaKini, mayat wanita, 42, ditemui bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun dan anak perempuan, 15, di dalam bilik pertama dengan pintu dan tingkap ditutup rapat menggunakan pita pelekat.

Pihak polis bergegas ke lokasi terbabit selepas menerima panggilan berhubung kejadian oleh seorang lelaki tempatan. Menurut Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, kesemua mangsa ditemui dengan keadaan berpakaian lengkap.

Pihak polis turut menemui arang bersama penyala api diletakkan di bawah sofa bilik itu serta surat wasiat dan wang bercampur.

Pasukan patologi forensik hospital turut hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan polis percaya ini adalah kes bunuh diri.

Ketiga-tiga mangsa disyaki mati dalam tempoh melebihi 24 jam. Siasatan awal mendapati mereka disyaki mati akibat terhidu bau gas penghidup api.

Difahamkan, siasatan lanjut akan diteruskan untuk mengenal pasti motif dan mengesan sebarang unsur jenayah, jika ada.

Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro, Astro Awani

SKIP THIS AD ×