Sekadar gambar hiasan
Tiga remaja berdepan detik cemas apabila mendakwa diculik oleh sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai sebelum dipukul dan dirakam gambar bogel, dalam satu kejadian pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Anak Diculik, Dipukul Semasa Ibu Pergi Berbulan Madu Dengan Suami Baru?
Artikel Berkaitan: Ibu Hamil 5 Bulan Dirogol Beramai-Ramai Sampai Mati, Mayat Dibuang Tepi Kolam Pancing
Diculik, dipukul
Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, ketiga-tiga mangsa yang berusia 14 tahun itu mendakwa didatangi 10 lelaki termasuk seorang dikenali sebelum dilarikan dengan menaiki tiga buah kereta.
Suspek memukul dan merakam gambar bogel mangsa serta mengugut akan menularkan gambar itu sekiranya kejadian itu terbongkar.
Suspek kemudiannya melarikan diri bersama-sama dengan barangan peribadi milik mangsa dan meninggalkan mangsa di lokasi yang sama.
Mangsa yang mengalami lebam di bahagian muka serta tangan telah diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum tampil membuat laporan polis.
Susulan daripada itu, satu tangkapan telah dilakukan dan pihak polis berjaya menahan empat lelaki warga tempatan termasuk tiga juvana berusia antara 15 hingga 20 tahun, pada Isnin.
Turut dirampas kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini, polis turut menemui semula barangan milik mangsa.
Kesemua suspek telah direman dan disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik, Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan dengan senjata dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu ugutan jenayah.
Usaha mengesan beberapa suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini agar menyalurkan kepada pegawai penyiasat di talian 013-6062618.
Sumber: Harian Metro