berita

Tiket VVIP Konsert Guns N’ Roses Live In Malaysia Dah Sold Out! Ini Cara Dapatkan 15% Diskaun

September 25th, 2018 | by Wan
Kini Trending

Nampaknya semua orang dah tak sabar menantikan kedatangan kumpulan rock popular dari Amerika Syarikat, Guns N’ Roses yang akan hadir ke Malaysia pada 14 November 2018 sempena konsert jelajah ‘Not In This Lifetime Tour 2018’.

Lebih mengujakan, konsert pada kali ini akan menggabungkan kembali tiga anggota asal mereka iaitu Axl Roses, Slash dan Duff Mackagan.

Tiket VVIP & CAT 3 ‘laku keras’!

Terbaru, tiket bagi kategori VVIP dan CAT 3 yang masing-masing berharga RM1288 dan RM488 telah pun habis dijual. Macam goreng pisang panas! Peminat yang merancang untuk ke konsert Guns N’ Roses bagaimanapun masih boleh mendapatkan tiket-tiket berharga RM288 (CAT 4), RM688 (CAT 2) dan RM988 (CAT 1).

Penganjur, Galaxy Group mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan tiket melalui agen-agen sah jualan seperti BuyTickets & AirAsia Redtix – Malaysia, Sistic – Singapura, TicketMelaon -Thailand, dan Damai – China. Elakkan membeli tiket daripada orang ketiga yang menjual tiket dengan harga yang tinggi dan mengaut keuntungan berlipat ganda.  Bukan itu sahaja, tiket yang dibeli itu juga dikhuatiri tidak sah dan menghalang anda daripada memasuki konsert nanti.

Diskaun 15%

Khas buat pembaca Ohbulan, anda masih boleh dapatkan tiket Guns N’ Roses dengan harga istimewa iaitu diskaun sebanyak 15% bagi kesemua kategori. Masukkan kod promo MSIA4 semasa membuat pembelian di laman web www.buytickets.com.my 

Konsert Guns N’ Roses – ‘Not in This Lifetime’ Tour Kuala Lumpur Malaysia dianjurkan oleh Galaxy Group dan dibawakan khas oleh GCOX.

Konsert Guns N’ Roses – ‘Not in This Lifetime’ Tour Kuala Lumpur Malaysia

Date: 14 November 2018 (Rabu)

Masa: 8 Malam

Tempat: Surf Beach, Sunway Lagoon

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×