Penyanyi, Usop meluahkan rasa syukur di laman Instagramnya dengan kelahiran putera sulungnya itu pada lewat malam Khamis. Usop juga berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usop Menangis Bila Tahu Bakal Jadi ‘Daddy’, Peminat Pesan Jaga Isteri Dengan Baik – ‘Peringkat Awal Lagi Tu, Semoga Dipermudahkan’
Artikel Berkaitan: Janji Mencintai Hingga Ke Akhir Hayat, Usop Tak Kekok Panggil Isteri ‘Mummy’
Artikel Berkaitan: Sekali Lafaz Usop Sah Milik Nur Fatihah, Janji Jadi Suami Terbaik
Putera sulung
Menerusi kapsyen yang dimuat naik Usop di Instagram, putera sulung pasangan itu selamat dilahirkan sekitar lewat malam semalam. Bekas bintang Big Stage 2022 itu dianggap bertuah apabila dikurniakan anugerah setelah sebulan mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Fatihah.
Alhamdulillah. Assalammualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop.
Sementara itu, Fatihah sempat berkongsi detik-detik sebelum melahirkan anak sulungnya itu di Instagram Story.
Saya tak makan pergi hospital lepastu sampai-sampai, doktor cakap bukaan dah empat sentimeter. Saya kelam kabut suruh Usop cari roti dengan air kotak untuk alas perut. Pukul 11 malam baru dapat makan nasi putih lima suap.
Susulan itu, Usop memaklumkan putera sulungnya itu diberi nama Muhamad Saif Umar.
Terdahulu, Usop dan Fatihah berkahwin pada 4 Februari selepas dua tahun mengenal hati budi masing-masing.
Sumber: Instagram @usopofficial & @teha_richer