berita

Tindakan MK K-Clique Suruh Peminat Wanita Buka Rantai Jadi Isu, Netizen Kaitkan Dengan Konsert Justin Bieber – ‘Pasal Ni Takda Orang Nak Tegur Atau Buat Video?’

March 28th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi MK K-Clique menjadi perhatian apabila tular sebuah video di media sosial penampilan dirinya dengan rantai. Bukan aksesori itu yang menjadi topik ramai tetapi momen manis MK bersama seorang peminat wanita.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Masih Solo, Ibu Tak Pernah Suruh Kahwin Cepat – ‘Saya Dalam Proses Memperbaiki Diri’

Artikel Berkaitan: Bandingkan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Pendakwah Bebas Mohon Maaf – ‘Mungkin Salah Faham’

Tolong buka rantai

 

@sakinahaili Aku terima nikahnya… @mk.kc302 #absolutfoodfest #mk #fyp #buathal #kclique #dreamsdocometrue ? original sound – Salma Sakinah Suhaili

Menerusi perkongsian video di TikTok, MK telah membuat hati peminat berdebar selepas meminta pertolongan dari seorang wanita bertuah untuk menanggalkan rantai yang dipakainya.

Tolong buka,” kata MK.

Dalam keadaan menggigil, wanita bertudung itu berjaya menanggalkan dan rantai itu diberikan kepadanya. Malah, dia juga sempat berswafoto dengan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan.

MK berbuat demikian ketika di acara Absolut Food Festival 2022 yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Mana ustaz dan ustazah?

Rakaman itu mendapat pelbagai reaksi dan respon daripada warganet. Ada segelintir yang bertindak mengaitkan dengan konsert penyanyi antarabangsa Justin Bieber yang sebelum ini pernah dijadikan isu oleh penceramah bebas, Iddin Ramli.

Selain itu, netizen juga menegur dari aspek adab pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam syariat Islam.

Bagaimanapun, ada juga pengikut pelakon drama The Hotel yang cemburu dan kecewa selepas melihat momen bahagia itu.

Sebelum ini, penceramah bebas itu mendakwa tiket penyanyi kelahiran Kanada itu pasti akan habis dijual walaupun harganya mencecah RM2,088.

Tindakan penceramah itu melakukan perbandingan antara konsert Justin Bieber dan kelas agama yang dianjurkan olehnya sepanjang Ramadan telah menerima kecaman ramai.

Sumber: TikTok @sakinahaili

SKIP THIS AD ×