Tular di media sosial satu video seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Akid dilaporkan tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah usang dan telah separuh roboh di Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.
Cuci tandas dan surau untuk beli makanan
Foto: MyFundAction
Difahamkan Akid dan keluarga tinggal di rumah hampir roboh itu sejak Oktober lalu. Sekali pandang, ada yang beranggapan bahawa rumah tersebut musnah akibat kesan banjir, namun realitinya itu adalah keadaan rumah tersebut yang lama dan rapuh dimamah usia.
Lebih menyayat hati lagi, melalui klip video tersebut, Akid memaklumkan bahawa ada juga masyarakat luar yang menuduh dia dan keluarganya sebagai meminta.
Saya tak faham kenapa ada orang cakap macam tu, kenapa orang benci sangat dengan kami, saya kalau nak makan saya kerja, cuci tandas, cuci surau dapat lah RM6 sehari.
Ada orang kata kat kami lapar kedarah (meminta), ambil duit orang. Akid tak ambil pun
Orang benci… tak tahu kenapa orang benci
Tambah Akid lagi, dia mengambil upah mencuci tandas dan surau, kemudian menggunakan wang tersebut bagi membeli keperluan asas seperti bawang dan tepung untuk mereka sekeluarga. Video yang dimuat naik Yayasan Kebajikan Muslim, MyFundAction itu bertujuan mengajak orang ramai menyumbang kepada tabung badan berkenaan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Video
Sumber: MyFundAction