Selepas Sweet Qismina, dua lagi pelakon yanng terlibat dengan drama Kiblat Yang Hilang iaitu Laila Nasir dan Farisha Irwayu disahkan positif Covid-19. Difahamkan, mereka berdua duduk serumah ketika menjalani penggambaran drama tersebut sebelum Sweet Qismina berangkat ke Kuala Kangsar untuk penggambaran filem Tariandi pula.
Artikel berkaitan: Tiga Hari Sukar Bernafas, Sweet Qismina Positif Covid-19
‘Saya tinggal serumah dengan Farisha dan Sweet’
Memetik laporan BH Online, petang semalam Laila Nasir mengalami muntah-muntah sebelum membuat pemeriksaan dipusat perubatan di Ampang dan mengesahkan dirinya positif Covid-19. Difahamkan, dia terus memasuki set penggambaran drama Rindu Yang Hilang selepas selesai penggambaran drama Kiblat Yang Hilang itu.
Saya tinggal serumah dengan Farisha dan Sweet ketika penggambaran drama Kiblat Yang Hilang. Seperti biasa, kami mematuhi SOP yang ditetapkan. Bagaimanapun, Farisha mengalami demam sebaik menjalani penggambaran pada 7 April lalu. Saya pula berjangkit demam tiga hari kemudian.
Saya mengalami sakit kepala, letih, lemah seluruh badan dan batuk tidak berhenti. Demam masih berlarutan sehingga semalam biarpun tamat penggambaran sejak 12 April lalu. Anak membawa saya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan ujian calitan, petang semalam. Bagaimanapun, saya disahkan positif COVID-19.
Hilang deria rasa dan bau
Sebelum ini, pelakon Sweet Qismina telah memaklumkan dirinya sah positif Covid-19 dengan kenyataan posting di laman Instagram. Kini, dia sedang menjalani tempoh rawatan dan kuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak.
Saya mengambil ubat selama tiga hari, tetapi belum pulih dan sukar bernafas. Kemudiannya, saya membuat ujian calitan di Columbia Hospital, Taiping dan keputusannya adalah positif. Saya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan membuat ujian saringan, keputusannya tetap positif. Saya kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin Ipoh untuk dikuarantin.
Saya dihantar ke Hospital Kuala Kangsar dan membuat ujian saringan, keputusannya tetap positif. Saya kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin Ipoh untuk dikuarantin. Saya tiada sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau.
Sementara itu, Farisha Irwayu dan suami iaitu Tuan Asmawi Tuan Umar juga mengesahkan positif Covid-19 sejak lima hari lalu. Kini mereka menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang.
Sumber: BH Online