Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pagi ini memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad dan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini berhubung tuntutan cerai mereka.
Neelofa bagaimanapun ada memuatnaik beberapa status di laman sosialnya yang menimbulkan tanda tanya dan persoalan kepada mesej itu ditujukan.
Beri kata-kata semangat untuk kakak
Menurut Sinar Harian, Sharnaaz Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Nabila. Dalam permohonannya, Nabila menyatakan antara alasan penceraiannya adalah tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.
Neelofa kemudiannya memberi kata-kata semangat kepada kakaknya itu. Ketika ini hos jelita itu menghadiri acara Minggu Fesyen New York.
Semoga Allah melindungi minda dan emosimu dari sebarang kejahatan dan diberi kelapangan berfikir membuat keputusan terbaik.
Drama dekat mana?
Neelofa juga seakan memerli seseorang menerusi Instastorynya yang katanya satu drama TV. Status berkenaan dimuatnaik hos Meletop ini sejam lalu.
Sindiran lebih pedas di Twitter
Sementara itu di Twitter, Neelofa turut dilihat seolah menyindir seseorang namun tidak menyebut mana-mana nama pada tweet berkenaan. Menurutnya dia jarang meluahkan apa yang terpendam namun kali ini isunya menjadi keterlaluan.
Tweet berkenaan turut dimuatnaik bersama satu poster kata-kata berbunyi ‘Kita semua kenal seseorang fasih borak temberang’.
Sumber: Sinar Harian, Neelofa