berita

Trivia : Top 5 Bekas Pelajar AF Yang Masih Popular Hingga Tahun 2014

October 17th, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-17 at 12.25.16 PM

1. Hafiz Suip

Anak jati Sarawak ini merupakan juara Akademi Fantasia ke-7. Mencetuskan fenomena baru dalam industri hiburan tanah air dengan lagu-lagu popular seperti Awan Nano, Masih Jelas, Noktah Cinta, Bahagiamu Deritaku dan terbaru, Matahari.

Hafiz juga dikatakan bakal menggantikan tempat penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza kerana sering memenangi beberapa anugerah termasuklah Juara Lagu.

Tak percaya? Nah kami senaraikan antara kejayaan Hafiz.

  • Anugerah Juara Lagu ke-25 : Memenangi tempat ke-3 & Vokal Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2011 : Lagu terbaik
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 : Penyanyi Lelaki Paling Popular
  • Anugerah Juara Lagu ke 26 : Vokal & Lagu terbaik
  • Anugerah Juara Lagu ke 27 : Tempat ke-3 & Vokal terbaik
  • Anugerah Juara Lagu 28 : Juara

Screen Shot 2014-10-17 at 3.03.38 PM

2. Stacy

Merupakan juara Akademi Fantasia ke-6. Nama Stacy meletup-letup ketika masih berada dalam akademi lagi. Maklumlah, Stacy seringkali menampilkan persembahan yang konsisten dan memukau.

Dikaitkan bercinta dengan Akim Ahmad, Stacy bijak mengatur kerjayanya dan jarang-jarang sekali dilanda gosip. Haa, kan bagus begini!

Hafiz-Friends-Live-Showcase-Press-Conference-35

3. Akim Ahmad

Jejaka kacak ini bukanlah juara AF, sebaliknya hanya menduduki tempat ke-3. Selepas keluar daripada AF, Akim mula dikenali dengan single pertamanya iaitu ‘Bengang‘ yang telah memenangi Most Downloaded Song Award daripada Hotlink semasa AJL24 yang lalu.

Hebat kan? Baru-baru ini, single terbaru Akim iaitu Mewangi telah menembusi carta hits di beberapa stesen radio tau. Memang layan lagu ini. Tak percaya, korang dengarlah sendiri okay.

Screen Shot 2014-10-17 at 3.30.43 PM

4. Hazama

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini merupakan seorang yang peramah dan ceria. Pendek kata, walaupun bergelar selebriti, langsung tak sombong.

Pernah cuba untuk menyertai AF musim ke-4, namun kecundang ketika Konsert Prelude. Hazama diberi peluang sekali untuk beraksi di AF9 dan menjadi juara musim tersebut.

Screen Shot 2014-10-17 at 3.32.29 PM

5. Adira

Siapa tak kenal dengan gadis putih melepak ini kan? Adira beraksi di pentas akhir Akademi Fantasia Musim ke-8 dan seterusnya berjaya dinobatkan sebagai naib juara musim tersebut.

Lagu ‘Ku Ada Kamu telah berjaya menduduki tempat pertama dalam carta lagu Hot FM dan Suria FM serta mendapat kedudukan top 10 dalam carta Era. Kini Adira masih aktif menyanyi selain mempunyai produk kecantikan sendiri.

10155404_764539746951818_3854790582367267308_n

Ada lagi tak bekas pelajar AF yang masih segar dalam ingatan korang? Kalau ada jomlah kongsi bersama kami. Mengimbau kenangan gitew!

Mampukah pelajar AF2014 mencipta nama dan menjadi setanding senior-senior mereka ni? Sama-sama kita saksikan. Oh ya, minggu ini, persembahan pelajar bertemakan Klasik tau.

Jadi, kalau nak tengok pelajar-pelajar jadi ala Tan Sri P.Ramlee dan Saloma, jangan lupa saksikan Konsert Akademi Fantasia Ahad ini ya!

SKIP THIS AD ×