Setelah sembilan tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, perkhidmatan penstriman Netflix bakal menyajikan tayangan perdana siri dokumentari mengenai peristiwa duka itu pada 8 Mac depan.
Artikel Berkaitan: Tular Gambar Wajah Terkini Mangsa MH370, Anak Tampil Beri Respon – ‘ia Bukan Bapa Saya’
Artikel Berkaitan: Genap 7 Tahun Berlalu, Kehilangan MH370 Kekal Misteri
Detik sembilan tahun lalu
Misteri kehilangan MH370 masih belum terjawab hingga hari ini meskipun menghampiri tahun kesembilan. Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, dari Malaysia ke Beijing, China menjadi perhatian seluruh dunia berikutan hilang dari radar selepas terputus hubungan dengan menara kawalan trafik udara.
Biarpun gerakan mencari dan menyelamat telah dilakukan secara besar-besaran dan mencatatkan kos operasi paling tinggi dalam sejarah di samping timbul pelbagai teori berkaitan tragedi, namun masih belum dapat dibuktikan.
Susulan itu, sebuah dokumentari khas MH370: The Plane That Disappeared yang mengandungi tiga episod akan ditayangkan di platform Netflix yang turut membawakan komuniti global termasuk ahli keluarga, saintis dan wartawan penyiasat.
Bukan itu sahaja, dokumentari ini juga menampilkan sedikit kisah mengenai pesawat MH17 yang ditembak jatuh oleh berpandu Rusia pada 17 Julai 2014 lalu. Selain itu, siri dokumentari ini diarahkan oleh Luise Malkinson yang mahu menyampaikan suara ahli keluarga mangsa.
Keluarga mahu masyarakat terus bercakap mengenai hal ini (kehilangan pesawat). Mereka mahukan satu platform yang boleh mewakili mereka kerana menghampiri sembilan tahun tragedi ini berlaku, namun tiada apa-apa penemuan.
Sumber: Berita Harian