berita

Tragedi Nahas Pokok Tumbang, Dua Beradik Hanya Tahu Kehilangan Ibu Bapa Selepas 22 Jam

August 7th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Tragedi Nahas Pokok Tumbang

Semalam kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan sepasang suami isteri, Nik Amirah Nik Ab Rahman, 40 dan Nik Mohd Zulmi Ramli, serta seorang anak mereka, Nik Aishah Azzahra, 5, yang maut selepas kereta yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok.

Dua lagi anak kepada pasangan tersebut iaitu Nik Adilia Zulaikha, 11 dan Nik Adam Zarif, 9, yang berada di tempat duduk belakang hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Machang.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menunggu Hari Untuk Bersalin, Ibu Hamil Sedih Kereta Dihempap Pokok Besar

Hanya tahu 22 jam selepas kejadian

Tragedi Nahas Pokok Tumbang

Apa yang memilukan ialah, dua beradik tersebut hanya mengetahui mereka bergelar yatim piatu 22 jam selepas kejadian tersebut berlaku.

Menurut nenek mereka, Amnah Ismail, 64, ahli keluarga tidak sanggup untuk memberitahu Zulaikha dan Adam bahawa mereka sahaja yang terselamat daripada tragedi itu.

Namun, mereka akhirnya mendedahkan perkara yang sebenar sewaktu urusan membawa pulang jenazah kesemua mangsa untuk proses pengebumian.

Sejak balik, Kaklong (Nik Adilia Zulaikha) hanya memanggil umi… umi.. (Nik Amirah), manakala Adam banyak diam.

Dia beritahu umi, baba (Nik Mohd Zulmi) dan Ecah (Nik Aishah) ada di dalam kereta.

Dalam pada itu, Amnah menafikan bahawa arwah anaknya itu sedang mengandung seperti mana yang tular di media sosial.

Menurut Amnah, kemungkinan besar pasukan penyelamat keliru dengan tubuh badan arwah yang bersaiz besar.

Kata-kata arwah jadi kenyataan

Tragedi Nahas Pokok Tumbang

Sementara itu, sepupu kepada Nik Amirah, Mohd Aidi Ab Ghani, 50, berkata, dia tidak menyangka kata-kata arwah yang mahu sehidup semati dengan suaminya sekitar dua bulan yang lalu menjadi kenyataan.

Arwah juga suka sangat sedekah makanan kepada ahli keluarga dan saudara-mara dengan menyangkut makanan pada pagar rumah. Petang sebelum kejadian, arwah sempat menyangkut terung di pagar rumah sepupu kami.

Terdahulu, berita mengenai tragedi ini meruntun hati wargamaya apabila Amira ditemui dalam keadaan sedang meriba Aishah ketika kejadian.

Jenazah ketiga beranak itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 7.12 malam Ahad.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×