berita

Trailer: Yeah! Hercules Versi The Rock Bakal ‘Mengganas’ Di Pawagam Mulai 24 Julai

July 16th, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

The Rock

Peminat ‘The Rock’ atau nama sebenarnya Dwayne Johnson pasti sudah merindui dan ternanti-nanti kemunculan terbaru jejaka berbadan sasa ini di layar perak.

Sebelum ini, The Rock yang juga merupakan bekas ahli gusti sering memegang watak serius serta aksi dalam setiap lakonan, malah dia dilihat pernah beralih arah ke bidang komedi pada tahun 2007 menerusi filem The Game Plan.

Namun kali ini, jejaka yang pernah membintangi filem G.I Joe: Retaliation ini, sekali lagi bakal muncul di layar perak dengan membawakan watak yang agak lain daripada lain, iaitu sebagai Hercules. Wow! A Handsome Hercules Is Coming!

The Rock

Filem epik yang menjadikan mitos Greek lampau sebagai elemen utama itu bakal menyaksikan aksi-aksi yang penuh debaran dan pertumpahan darah yang berlaku antara Hercules dan musuhnya.

Filem arahan Brett Ratner ini menampilkan kisah perjalanan hidup Hercules yang penuh dengan cabaran sebelum dia bergelar Demigod.

Melalui trailer ini, penonton akan mendengar sebaris kenyataan berbunyi “Before he was a legend, he was a man” ia sekaligus memberi gambaran bahawa filem ini mengisahkan tentang Hercules melalui fasa sebagai manusia yang tidak boleh melawan takdir yang telah tersurat.

Lalu, berlakulah pertempuran darah demi menegakkan keadilan buat dirinya. Malah, antara babak menarik menerusi filem ini, anda bakal menyaksikan pertempuran Hercules dengan  pelbagai jenis makhluk ganas.

Selain The Rock, filem ini turut dibintangi oleh Joseph Fiennes, Ian McShane, Rufus Sewell, Ian McShane, Rufus Sewell, Rebecca Ferguson, Aksel Hennie dan John Hurt.

The RockAntara babak menarik dalam Hercules

Screen Shot 2014-03-26 at 11.36.43 AM

Yang pastinya, filem yang dijangka meletup di pawagam ini bakal menjanjikan satu kelainan kerana ia tidak sama seperti filem Hercules yang pernah ditayangkan sebelum ini.

Nak tahu lebih lanjut? Kenalah tunggu kemunculan filem ini dipawagam berdekatan anda pada 24 Julai 2014. Apa-apa pun, jom kita lihat dulu trailer yang mendebarkan ini. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×