berita

Transformasi Menakjubkan Pasangan Korea Ini Pasti Buat Korang Tergamam #RelationshipGoals

September 4th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

korea

Kata orang nak seribu daya, taknak seribu dalih. Mungkin kata-kata itulah yang dipegang oleh pasangan Korea ini sehingga mereka berjaya mendapat bentuk badan sebegini.

Transformasi menakjubkan oleh pasangan dari Korea ini mula viral di laman sosial beberapa hari yang lalu dan mendapat beribu pujian daripada netizen.

Tak kurang juga ramai mahu menjadikan kisah pasangan ini sebagai inspirasi mereka. Okay lah tu jangan hangat-hangat tahi ayam sudah!

Relationship goals

Screen Shot 2015-09-04 at 1.02.36 AM

Lebih mengejutkan, pasangan Song Jin Yoo dan Shin Jin Hoo hanya mengambil masa selama 4 bulan dengan melakukan senaman yang konsisten dan diet yang sihat.

Jin Yoo yang dahulunya memiliki berat badan seberat 83 kg telah berjaya menurunkan beratnya sebanyak 12 kg. Berat badan Jin Yoo yang terbaru adalah 71 kg.

Manakala Jin Hoo pula yang memiliki berat badan seberat 71 kg sebelum ini berjaya membuat perubahan drastik dengan hilangnya 22 kg sekali gus menjadikan beratnya yang terkini adalah 49 kg.

Diet yang cukup ketat!

Screen Shot 2015-09-04 at 1.02.16 AM

Antara rahsia kepada transformasi pasangan ini ialah melalui pengambilan makanan yang sangat terperinci. Mereka hanya makan dada ayam, telur, ubi keledek, dan beberapa jenis buahan dan sayuran lain.

Korang boleh tengok sendiri Instagram pasangan Korea ini. Banyak lagi foto perubahan mereka. Jom pergi gym! Mak aih perut dia!

???.. #?? #????? #????? #???? #?? #???? #shredded #aesthetics #fitness #bodybuilding

A video posted by Jay (@znew_fitness) on

Sumber : allkpop, znew_fitness, sjh_o628_

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×