berita

Trending Di Media Sosial, Ini 7 Program Astro Yang Pasti Buat Korang FOMO Kalau Tak Tau!

September 11th, 2020 | by Mastura
Kini Trending

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan selama hampir 3 bulan bermula Mac yang lalu telah memberikan impak besar kepada industri hiburan tempatan. Ini apabila penggambaran dan sebarang aktiviti yang melibatkan kumpulan tidak boleh dilakukan.

Memahami kerinduan peminat dengan naskah tempatan, Astro muncul dengan seleksi drama dan rancangan realiti yang korang tak boleh miss kerana menampilkan barisan artis yang hebat dan terkenal. Memang FOMO habislah kalau korang tak tau tentang 7 rancangan Astro ni!

1. Jalan “Sesat” Ke Syurga

Astro Prima tak kurang hebatnya, menampilkan drama dengan konsep berat yang berunsurkan keagamaan, Jalan “Sesat” Ke Syurga patut menjadi salah satu list wajib tonton.

Dibarisi pelakon hebat seperti Aaron Aziz, Elizad Sharifuddin, Dato’ Jalaluddin Hasan dan Aleza Shadan, korang pasti akan terkesan dengan penceritaan yang membawa menampilkan percanggahan emosi dan prinsip keagamaan dan bagaimana setiap watak bergelut dengan diri masing-masing. 

Drama arahan Suhaimi Zulkefli dan turut diberi sentuhan kreatif dari pengarah filem pecah panggung Osman Ali ini sarat dengan pengajaran yang pastinya memberikan impak kepada penonton.

Drama: Jalan “Sesat” ke Syurga

Saluran: Astro Prima & Astro GO

Tarikh Siaran: Sedang bersiaran (bermula 3 Ogos 2020)

2. Bidadari Kiriman Tuhan

Kalau sebelum ni gandingan Mira Filzah dan Zul Ariffin berjaya menarik perhatian ramai menerusi filem Sangkar, kini mereka sekali lagi bergandingan menerusi drama Bidadari Kiriman Tuhan. Drama 25 episod ini menampilkan Mira membawa watak berganda sebagai pasangan kembar seiras, Manis dan Manja.

Manis hidup dalam keadaan normal seperti gadis biasa manakala Manja pula adalah lembam dan berperangai kebudak-budakan. Hubungan mereka sebagai adik-beradik tergugat apabila Manis mula menaruh hati kepada seorang guru sekolah rendah, Yusof lakonan Zul Ariffin.

Drama: Bidadari Kiriman Tuhan

Saluran: Astro Ria & Astro GO

Tarikh Siaran: Sedang bersiaran (bermula 25 Ogos 2020)

3. Perempuan Tanpa Dosa

Kredit: Uqasha Senrose

Ingat lagi gandingan mantap merpati dua sejoli ni dalam Setelah Terlafaznya Akad? Haa.. Kali ni, Kamal Adli dan Uqasha Senrose bakal bergandingan sekali lagi menerusi Perempuan Tanpa Dosa.

Mengisahkan Rizal (Kamal Adli) yang berkahwin dengan Lily (Uqasha Senrose) untuk menutup kisah disebalik kandungannya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang untuk membina hidup di kampung halaman. Namun, apa yang tak disangka apabila terbit rasa cinta kepada Lily dan cinta lama datang menagih kasih.

Siapakah pilihan Lily dan berjayakah Rizal memujuk Lily kembali ke pangkuannya? Korang kenalah saksikan sendiri drama ni okay, chemistry Uqasha Senrose dengan Kamal Adli confirm buat korang melekat depan kaca televisyen.

Drama: Perempuan Tanpa Dosa

Saluran: Astro Ria & Astro GO

Tarikh Siaran: Bermula Oktober 2020

4. Aku, Bunga

Korang sukakan kisah berkonsepkan indie? Astro First Eksklusif mempersembahkan Aku, Bunga yang menampilkan rapper berhijab, Noor Ayu Fatini atau lebih dikenali sebagai Bunga Isme sebagai heroin. Gandingannya bersama hero pujaan Malaya, Ben Amir menarik perhatian kerana ini merupakan gandingan segar dua personaliti yang hadir dari latar belakang yang berbeza.

Aku, Bunga mengisahkan kehidupan Bunga (Bunga Isme), begitu menggemari muzik hip hop dan beliau mempunyai impian untuk mengembangkan bakatnya dalam dunia seni. Dia disokong oleh sahabat baik dan juga jiran rapatnya, Kahoe (Naim Danial) yang kemudian memperkenalkannya dengan seorang peguam, Shaq (Ben Amir).

Apa hubungan antara mereka dan dapatkah Bunga mengembangkan bakat rapnya? Korang boleh saksikannya hanya di Astro First Eksklusif.

Drama: Aku, Bunga

Saluran: Astro First Eksklusif (saluran 480) & On Demand

Tarikh Siaran: 13 Ogos 2020

5. Big Stage 2020 Dominasi BBNU Norma Baharu 

Kalau tadi drama, kini korang boleh dapatkan hiburan berganda melalui rancangan realiti di Astro. Astro Ria kini kembali dengan hiburan sensasi Big Stage 2020 Dominasi BBNU Norma Baharu.

Musim kali ini menampilkan BUDAK BARU NAK UP (BBNU) yang berbakat besar serta penampilan juri dalam kalangan pengiat seni hiburan. Siapakah muka-muka baru yang bakal merebut takhta juara Big Stage? Korang kenalah saksikan sendiri hanya di Astro Ria.

Rancangan: Big Stage 2020 Dominasi BBNU Norma Baharu

Saluran: Astro Ria & Astro GO

Tarikh Siaran: Sedang bersiaran (bermula 16 Ogos 2020)

6. The Masked Singer Malaysia

Sukakan rancangan realiti dengan konsep yang lebih segar? Apa yang pasti King Of Masked Singer rancangan realiti popular Korea Selatan kini ada versi Malaysia!

Korang pasti teruja nak meneka siapakah dalang di sebalik topeng yang bakal mencetus pelbagai kontroversi dan saksikan bagaimana nama-nama tersohor bakal mencetuskan kekeliruan dalam kalangan panel juri selebriti. Mesti havoc punyalah!

Rancangan: The Masked Singer Malaysia

Saluran: Astro Warna & Astro GO

Tarikh Siaran: 18 September 2020

7. Mikrofon Impian 2

Ramai terkesan dalam meniti PKP, banyak sumber pencarian terjejas dan ada yang kehilangan pekerjaan. Berharap dapat mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan bantuan kewangan. 

Mikrofon Impian 2 yang bakal bersiaran di Astro Prima akan membawa korang menyelami emosi peserta-peserta menerusi lagu dan suara yang terkesan dengan cabaran kehidupan. Program ini masih mengekalkan format asal yang diterbitkan khusus bagi membantu para peserta yang memerlukan bantuan kewangan untuk melunaskan bebanan hutang.

Jangan lupa saksikan bagaiman suara mampu membawa peserta keluar daripada kesusahan yang mereka hadapi.

Rancangan: Mikrofon Impian 2

Saluran: Astro Prima & Astro GO

Tarikh Siaran: Oktober 2020

Semuanya bermula di Astro. Ini barulah ON!

Dengan pelbagai drama hebat yang mampu merenggut emosi dan rancangan realiti yang bernafas baru, korang pasti takkan jadi FOMO kalau mengikuti sajian rancangan yang dibawakan oleh Astro. Walaupun berbeza, Astro ada semuanya. 

Malah, korang seisi keluarga boleh berhibur bersama-sama walaupun menonton siri atau program berbeza. Yelah, Astro GO kan ada dan percuma untuk semua pelanggan Astro! Satu keluarga boleh strim pelbagai rancangan tanpa henti pada empat peranti secara serentak.

Tunggu apa lagi, muat turun dan strim sekarang di Astro GO! Lepas ni dah tak payah nak rebut remote control kan?

The following two tabs change content below.

×