berita

‘Tu Bukan Pelakon, YB’ – Bront Palarae Tegur Menteri Isu Video Judi Raya

April 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia iaitu Saifuddin Abdullah turut memberi respon terhadap isu pelakon yang terlibat dalam penggambaran iklan ‘judi’ raya. Dia turut menasihati para pelakon lebih berhati-hati dan tidak memberi alasan tiada tawaran kerja sehingga sanggup terima tawaran mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

Artikel berkaitan: 4 Ditahan Individu Termasuk Pelakon, Polis Masih Buru Lelaki ‘Dalang’ Iklan Judi Raya

Artikel berkaitan: Pelakon Iklan Raya Judi Terima Upah RM180, Mahkamah Tolak Hukuman Reman

Susulan itu, pelakon Bront Palarae turut menegur istilah ‘pelakon’ yang digunakan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu. Rujuknya, kesemua yang terlibat di hadapan kamera dalam iklan judi itu bukannya pelakon tetapi lebih layak digelar ‘talent‘.

Tu bukan pelakon…

Bront Palarae menerusi ciapannya di laman Twitter memberi respon terhadap kenyataan dikeluarkan YB Saifuddin Abdullah yang menggelarkan individu berada di depan kamera itu sebagai pelakon. Pelakon lelaki itu turut kelihatan menegur Menteri Komunikasi dan Multimedia dengan menyifatkan mereka lebih layak digelar ‘talent’, bukannya pelakon. Bront turut berharap agar YB Saifuddin Abdullah memahami terlebih dahulu ‘standard practice’ dalam industri pembikinan video sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kenapa tahan yang diupah?

Sebelum ini, Bront turut memberi respon terhadap isu individu yang terlibat dalam pembikinan iklan judi raya di laman Twitter. Pelakon ini turut mempersoalkan individu tersebut perlu ditahan. Malah, dia mempercayai bahawa isu ini harus diberi fokus kepada pemilik jenama itu sendiri sebagai punca kepada masalah berkenaan.

Jelasnya lagi, selalunya talent baru jarang dimaklumkan terlebih dahulu mengenai produk atau jalan cerita dan yang memberi bayaran kepada mereka pula adalah agensi ujibakat itu sendiri. Bront turut mencadangkan agar pihak berkuasa menyemak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapat info pemilik syarikat judi berkenaan.

Sumber: Malaysia Kini, Bront Palarae

SKIP THIS AD ×