Selepas beberapa minggu menimang cahaya mata, pelakon Remy Ishak akhirnya mengumumkan nama putera sulungnya.
Artikel Berkaitan: ‘Macam-Macam Dah Aku Tempuh, Moga Allah Mudahkan Sikit Perjalanan Dunia Ni Buat Aku’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Baby Nak Keluar Soon’- Remy Ishak & Isteri Teruja Beli Barang Anak
Tuah Alam
Menurut Remy, dia dan isteri iaitu Ezza Yusof telah sepakat memilih nama Tuah Alam buat zuriat pertama mereka. Tambah Remy, sejak bujang lagi dia mempunyai hasrat untuk memberikan anaknya nama yang mempunyai unsur kemelayuan.
Masa bujang dulu saya pernah terfikir kalau anak lelaki saya nak letak nama ada unsur Melayu. Saya pilih nama Melayu dan nak nama Melayu. Saya dah bincang dengan isteri dan dia pun setuju.
Menerusi rancangan Oh Baby Remy, pelakon itu turut memberitahu dia dan isteri mempunyai beberapa pilihan nama lain sebelum memilih Tuah Alam. Jelas Remy lagi, pemilihan nama Tuah tiada kena mengena dengan erti kepahlawanan seperti pendapat segelintir pihak
Selain Tuah Alam, kita ada letak Tuah Arjuna, Tuah Alexander. Kenapa Alexander? Sebab hari itu saya ada baca buku Alexander. Tapi akhir sekali kami pilih Tuah Alam. Nak ada nama campur juga pada awalnya tapi tak boleh sebab bukan jiwa.
Tuah mungkin orang ingat sebab nama pahlawan tapi ia bukan hanya kerana itu. Ini pendapat secara individu. Ada orang mahu letak nama Arab. Jadi daripada pakai nama Arab baik saya terus pakai Melayu sahaja. Maksud Tuah adalah Tuah, jadi daripada pakai nama Arab baik terus pilih Melayu.
Sekadar info, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun berkenalan.
Sumber: Remy Ishak