Susulan dakwaan semakin berlagak sejak memenangi Maharaja Lawak Mega 2014, kumpulan Zero tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik kontroversi tersebut.
Artikel Berkaitan : Zero Mula Besar Kepala?
Menurut Zero dakwaan tersebut tidak masuk akal dan sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mengaibkan mereka.
Nafi Demand & Berlagak
Bercakap kepada media, Sharif yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Zero menafikan dakwaan mereka sudah mula demand.
Tambah Sharif, sejak menjuarai MLM 2014 mereka tidak pernah meletakkan sebarang harga kepada pihak yang ingin memanggil mereka menjayakan persembahan pentas sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak pengurus.
Kami sedar diri kami siapa dan dari mana asal usul kami. Tuduhan sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan pada yang mengenali kami rasanya mereka tahu kami bagaimana.
Tuduhan ‘demand’ dan sukar berurusan itu semua tidak benar malah Zero tidak pernah meletakkan sebarang harga tertentu.
Anggapan kami berlagak selepas MLM adalah salah kerana kami masih seperti dahulu dan pelik bagaimana tiba-tiba kami dituduh sedemikian.
Bukan Tolak Tawaran Astro Tapi..
Berhubung khabar angin yang mengatakan Zero menolak tawaran untuk bernaung di bawah pengurusan Astro, ianya juga tidak benar sama sekali.
Bukan kami tolak tetapi minta masa untuk berfikir. Tambahan pula kami masih baharu dan tidak mahu bergantung kepada orang lain buat masa ini.
Biarlah kami belajar menguruskan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Harap penjelasan daripada Zero ini dapat menjawab tuduhan semakin berlagak seperti yang didakwa oleh seorang pengurus acara sebelum ini.
Kredit Berita : mStar