berita

Tunang Hamil, Chen EXO Tulis Nota Buat Peminat Umum Bakal Tamatkan Zaman Bujang

January 13th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Industri hiburan Kpop dikejutkan dengan satu berita gembira apabila salah seorang ahli dari kumpulan terkenal EXO iaitu Chen baru sahaja mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini wanita pilihan hatinya tidak lama lagi. Pendedahan itu dilakukan Chen dalam satu nota tulis tangan yang ditujukan khas buat peminatnya.

Chen umum akan berkahwin

Menerusi laporan Allkpop, pendedahan itu ditulis sendiri oleh Chen EXO sebelum dia memuatnaik satu nota di laman web rasmi kumpulan peminat EXO. Tulisnya dalam nota tersebut, Chen memberitahu dia agak gementar untuk mengumumkan berita gembira ini.

Walaupun begitu, dia tetap ingin menjadi orang pertama yang mengumumkan berita itu kepada para peminatnya memandangkan mereka adalah insan yang banyak memberi sokongan dan menunjukkan kasih sayang terhadap kariernya itu.

Saya mempunyai seorang teman wanita yang saya ingin menghabiskan sepanjang hayat saya dengannya. Pada mulanya, saya bimbang tentang akibat daripada keputusan saya ini. Tetapi setelah berbincang dengan label dan ahli bagaimana cara untuk menyampaikan berita ini supaya peminat tidak terkejut.

Tambahnya lagi, dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada rakan artis dan para peminat yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan sentiasa menyokongnya. Tidak cukup dengan itu, Chen juga turut meluahkan rasa terharu dan berjanji akan melakukan yang terbaik dalam hidupnya.

Respon daripada agensi, SM Entertainment

Susulan daripada itu Koreaboo turut melaporkan, SM Entertainment yang juga merupakan agensi Chen EXO turut mengesahkan berita gembira yang disampaikan Chen dan mereka juga telah memberi respon terhadap pengumuman tersebut. Menurut SM Entertainment, Chen kini sudah berjumpa dengan seseorang yang sangat berharga buat dirinya. Bukan itu sahaja, wanita itu juga dikatakan telah hamil tetapi memandangkan bakal pengantin perempuan itu bukannya seorang selebriti maka pihak agensi tidak akan mendedahkan usia kehamilan wanita tersebut.

Sementara itu, perkahwinan yang bakal berlangsung itu akan diadakan secara tertutup atas menghormati permintaan keluarga masing-masing. Oleh itu, pihak agensi berharap agar para peminat dan media akan memahami situasi ini. Tambahnya lagi, Chen akan terus lakukan yang terbaik dalam kariernya untuk membalas jasa baik dan sokongan para peminat.

Sumber: Allkpop, Koreaboo

SKIP THIS AD ×