Terdapat segelintir pengguna media sosial yang berani mengeluarkan dakwaan tidak benar serta mengecam para selebriti secara keterlaluan.
Antara yang terkesan dengan perkara ini adalah pelakon, Fathia Latiff.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fathia Latiff Selar Netizen? – ‘Beribadat 100 Tahun Pun Tak Guna Sebab Buat Saudara Korang Jadi Macam Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Mengajak Orang Bermaksiat Sebelum Kahwin Pun Berdosa, Sama Macam Suami Awak’ – Fathia Latiff
Bakal keluarkan saman
Memetik laporan Harian Metro, Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff mendedahkan bahawa dia kini dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mengganggunya di media sosial.
Sekarang ni saya dah keluarkan banyak saman yang orang tak tahu lagi. Saya sendiri tak boleh bagi tahu pihak mana yang saya dah saman tapi memang ada. Jadi tunggu sahajalah surat saman saya.
Apa yang buatkan saya saman mereka adalah apabila mereka ingat saya lemah. Padahal mereka tak tahu saya sedang buat sesuatu di belakang mereka.
Mereka tak tahu bagaimana saya menyerang mereka semula. Jadi, berjaga-jaga kerana ada komen yang tidak sepatutnya akan saya balas semula.
Aktres berusia 36 tahun itu berkata dia bertindak sedemikian adalah dengan tujuan untuk melindungi dirinya.
Saya bukan jenis ‘fake’. Ada sesetengah selebriti yang ‘fake’, mereka boleh bertahan, mungkin kerana mereka ada ‘back up’ tetapi saya ada diri sendiri.
Itu adalah satu-satunya cara dan saya harus pertahankan hak dan diri saya… Saya baik-baik sahaja.
Saya tak percayakan sesiapa. Saya hanya percayakan diri sendiri sahaja. Saya tak percaya orang 100 peratus. Mungkin saya percaya hanya 70 sehingga 80 peratus sahaja, bukan sepenuhnya.
Setiap orang perlu jaga periuk nasi masing-masing, kena berhati-hati sahajalah kerana kifarah adalah sesuatu yang benar.
Sementara itu, pelakon drama Ariana Rose tersebut enggan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu kesihatan mental seperti yang didakwa oleh banyak pihak.
Mengenai masalah kesihatan, saya tak nak kongsi. Ia adalah sesuatu yang peribadi.
Kenapa saya nak kena kongsi dengan orang yang saya tak kenal? Golongan seperti ini memang suka nak tahu perkara yang sepatutnya menjadi sesuatu yang peribadi.
Terdahulu, Fathia mencetuskan kontroversi apabila melabel wajah Zahirah Macwilson seperti pembantu rumah kemudian mendakwa Aiman Hakim Ridza masih menyimpan perasaan terhadapnya selepas mereka berpisah dahulu.
Bagaimanapun, Zahirah dan Aiman memilih untuk tidak memberi sebarang respon terhadap provokasi atau kenyataan yang dikeluarkan Fathia.
Sumber: Harian Metro