berita

Tunjukkan Skill Main Game Di E-Games, GEGARIA & Berpeluang Rebut Hadiah Terkumpul Bernilai RM10,000!

December 29th, 2017 | by Epul
Make-It-Senang

Kalau nampak adik-beradik atau member korang asyik main game dari pagi sampai petang tak berhenti tu, janganlah marah dia. Tu adalah minat dan hobi dia dalam memenuhi masa lapang. Tapi kalau korang sedar, kehebatan diorang dalam bermain game tu boleh membawa tuah kalau dimanfaatkan sebaiknya tau!

Bawak diorang join permainan GEGARIA E-Games di karnival GEGARIA yang dibawakan bersama MyGameOn, Garena Malaysia dan Kitamen! Kat situ nanti, ada banyak gila game-game menarik dan mencabar minda kaki gamers ni semua… Bila dan di mana GEGARIA ni?

Artikel Berkaitan: Jom Ramai-Ramai Serbu GEGARIA Pada 13 Januari Di Setia City Mall Shah Alam! #GOGEGARIA

Kaki gamers mesti enjoy habis main game sampai puas di GEGARIA E-Games!

Macam kitorang cakap, karnival GEGARIA akan memenui korang semua pada hujung minggu, tak lama je lagi. Nak lagi senang, rujuk tarikh-tarikh penting kat bawah ni!

Tarikh: 13 Januari 2018
Lokasi Setia City Convention Centre, Car Park B, Shah Alam

Tarikh: 3 Februari 2018
Lokasi : Angsana Johor Bahru Mall, Padang A, Johor Bahru

Tarikh: 24 Februari 2018
Lokasi : Stadium Darul Makmur, Kuantan

Game apa yang ada di GEGARIA E-Games?

Kat sana nanti, korang boleh nampak MyGameOn eSports Zone yang dibawakan khas oleh Garena Malaysia. Kat MyGameOn eSports Zone, ada perlawanan FIFA Online 3 tau! Geng kaki bola mesti suka ni!

Format perlawanan game FIFA Online 3 ni adalah 1 lawan 1 dan korang layak menyertai 3 perlawanan.

Cara mendaftar?

Cepat, penyertaan dibuka bermula 29 Disember 2017 dan ianya PERCUMA! Tapi, terhad untuk 256 peserta terawal saja!

Daftar penyertaan korang di laman web rasmi FIFA Online 3 Garena atau klik SINI.

Nota: Game FIFA Online 3 hanya boleh didapati di karnival GEGARIA edisi Shah Alam je tau! Follow Facebook MyGameOn untuk update 2 lagi lokasi game yang lain okay!

Bila korang dah daftar, mestilah kena melepasi tahap kelayakan dulu sebelum bertanding! Ia akan dibuat pada 6 Januari 2018 (Sabtu) sekitar jam 12 tengah hari hingga 6 petang di:

1. HappyGreen (Sri Johor, Cheras)
2. Invasion (Taman Bukit Maluri, Kepong)
3. Sinonet (Klang)
4. Blitzone (Bandar Utama)

Klik lokasi kat atas ni yang berdekatan dengan korang untuk mendaftar. Sebab, korang kena pilih cyber cafe terdekat untuk melepasi proses kelayakan ni! Hanya 16 pemain yang betul-betul hebat akan dipilih bertanding di GEGARIA 2018. Jadi, cepat daftar guys!

Hadiah lumayan menanti korang yang menang nanti!

Dah daftar masuk perlawanan FIFA Online 3 di karnival GEGARIA, mesti nak tau hadiah apa yang menanti korang kan? Bukan calang-calang, admin dapat tau jumlah keseluruh hadiah berjumlah RM10,000! Wohoo banyak gila!

Juara: RM3,000
1st Runner-up: RM2,000
2nd Runner-up X 2: RM1,500
Tempat ke-5 hingga ke-8: RM500

Banyak kan? Ramai pulak tu yang berpeluang bawak balik wang tunai! Apa lagi, cepat daftar!

Nak game suka-suka dengan family dan kawan pun ada…

MyGameOn e-Games Zone yang dibawakan khas oleh Kitamen pulak ada permainan free-to-play. Pelawat hanya perlu walk-in dan korang boleh main macam-macam game yang ada, PERCUMA je! Antaranya ada VR, console games dan banyak lagilah! Taknak cakap lebih-lebih, korang datang tengok dan main sendiri!

MyGameOn e-Games Zone jugak ada perlawanan game mini, kat situ ada kejutan untuk korang. Datang sendiri kalau nak tau apa dia atau nantikan di Facebook MyGameOn untuk maklumat lanjut ya!

Kalau ada sebarang pertanyaan berkenaan perlawanan, hantar mesej ke laman Facebook FIFA Online 3 Garena, atau klik SINI.

Jom tengok apa yang menarik kat karnival GEGARIA akan datang ni!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×