berita

Tuntut Hak 5 Anak, Imam Muda Syed Faris Enggan Komen Dakwaan Bekas Isteri

August 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, kisah rumah tangga Imam Muda, Syed Mohd Faris Syed Roslan menjadi bualan hangat kerana dia didakwa tidak memberi nafkah yang mencukupi dan bakal mengambil lima cahaya mata mereka sekiranya bekas isteri mempunyai hasrat untuk berkahwin lain.

Artikel berkaitan: Isteri Finalis Imam Muda Buka Mulut, Dakwa Diceraikan Selepas Suami Nikah Lain

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, Syed Faris, memohon doa orang ramai agar kemelut dengan bekas isterinya, Nur Hidayu Rosly, dapat diselesaikan dengan baik.

Enggan mengulas mengenai semua dakwaan

Menurut Syed Faris, bekas isterinya telah membuat tuntutan nafkah terhadap anak-anak mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, semalam. Tambahnya, tuntutan tersebut dibuat untuk masa depan anak-anaknya agar lebih terjamin. Ujarnya lagi, proses sulh yang berlangsung itu dilanjutkan ke 24 Ogos ini.

Insya-Allah akan ada perbincangan lagi selepas ini sebab hari ini (proses sulh) berlangsung agak drastik dan terlalu cepat. Jadi, akan ada lagi perbincangan selepas ini untuk mencapai kesepakatan bersama. Saya harap semua doakan supaya rancangan dan masa depan anak-anak lebih terjamin. Hari ini prosiding memang sepenuhnya berkenaan anak-anak sahaja.

Pada masa yang sama, Syed Faris enggan mengulas mengenai semua dakwaan bekas isterinya kerana beranggapan akan mengeruhkan lagi keadaan.

Menuntut hak lima anak mereka

Terdahulu, Nur Hidayu mahu menuntut hak lima anak mereka yang berusia antara lapan bulan sehingga 12 tahun selepas bercerai dengan Syed Faris pada 28 Mei lalu. Menurut Nur Hidayu, tuntutan hadhanah dibuat kerana dua anaknya masih kecil serta seorang berusia tiga tahun, manakala yang kecil baru berusia lapan bulan dan masih menyusu.

Nur Hidayu turut mendakwa bekas suaminya itu mengugut untuk mengambil dua anak mereka yang masih kecil. Kisah pasangan tersebut mendapat perhatian netizen apabila Nur Hidayu membuat pendedahan diceraikan Syed Faris dan bekas suaminya itu didakwa berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×