berita

Ugut Pakai Whatsapp Nak Hantar ‘Santau’ Kalau Tak Bagi Duit

July 1st, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Cikgu Seo

Tidak dinafikan pelbagai taktik yang digunakan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk menipu orang ramai demi mengaut keuntungan dengan cara yang cepat. Menurut statistik sehingga Jun 2020, rakyat Malaysia telah mengalami kerugian sehingga RM914 juta berikutan menjadi penipuan.

Artikel Berkaitan:Agak-Agaklah Nak Menipu Orang Tua, Barang RM600 Je Kau ‘Ketuk’ Sampai RM8k..

Terbaru, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Cikgu Seo tampil berkongsi modus operandi yang digunakan oleh pihak scammer. Kaedah yang digunakan secara tidak langsung berjaya menakutkan mangsa-mangsanya dan sebagai solusi mereka terpaksa membayar wang seperti mana yang telah dijanjikan.

Scammer taktik baru

Jelas lelaki ini, individu berkenaan dipercayai hanya menggunakan cara mudah dengan mengambil gambar seseorang itu di media sosial sebelum menghantarnya semula gambar tersebut bersama video ugutan.

Apa yang lebih mengejutkan, apabila individu berkenaan turut meletakkan bukti video bagi menguatkan lagi teorinya. Fuh memang betul-betul boleh buat orang percaya ni!

Lebih berwaspada selepas ini

Berbicara lebih lanjut, video yang dihantar oleh individu berkenaan secara tidak langsung membuatkan mangsa berasa takut dan terpaksa akur dengan membayar sejumlah wang yang dimahukan.

Menerusi video berdurasi 10 saat, scammer itu dipercayai sempat mengugut mangsanya dengan menggunakan patung dan menjelaskan dia boleh membunuh seseorang itu dengan sekelip mata.

Ha you tengok, ni mainan saya. You tengok saya boleh bunuh you guna suara. You tengok i boleh buat you mati malam ini juga.

Perbualan bersama scammer

Foto: Tangkap layar perbualan

Menerusi satu perbualan bersama individu berkenaan, seorang pengguna Twitter sempat bertanyakan akan harga-harga perkhidmatan yang ditawarkan olehnya.

Jelas scammer ini, dia akan mengenakan caj sebanyak RM300 bagi ilmu santau dan sempat membuat tawaran kepada pengguna Twitter ini supaya mengambil khidmatnya untuk menghantar santau kepada individu lain.

Sumber: Cikgu Seo

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×