berita

UiTM Pulangkan RM55 ‘Cashback’ Pembayaran Yuran, Pelajar Ucap Terima Kasih

September 3rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Nama Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi trending di laman Twitter hari ini. Pelajar universiti tersebut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan terima kasih kepada UiTM kerana mendapat pulangan wang yuran pengajian berjumlah RM55 atau sehingga 15%.

Terima kasih UiTM

Pelajar UiTM turut berkongsi screen shot bukti transaksi pulangan wang sebanyak RM55.00 yang diterima mereka. Difahamkan setiap pelajar UiTM juga menerima 15% pulangan wang dari pembayaran yuran pengajian semester lalu. Pemulangan wang yuran tersebut disebabkan oleh penangguhan semester berhubungan pandemik Covid-19.

Pemulangan 15% yuran perkhidmatan

UiTM menerusi Twitter MPP UiTM KAG memaklumkan berita tersebut mengenai bayaran pemulangan 15% yuran perkhidmatan kepada umum. Menerusi Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti telah sebulat suara untuk memulangkan jumlah tersebut kepad pelajar bertaraf ijazah sarjana yang mengikuti pengajian sepenuh masa sahaja.

Sumber: MPP UiTM

SKIP THIS AD ×