berita

ABPBH34: Disebabkan Tarik Diri, Undian Awal Zul Ariffin, Remy Ishak & Zizan Razak Tak Dikira Dalam Top5

October 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Undian pusingan pertama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 bertemakan #KITABERSAMA yang dilancarkan pada 10 September lalu, secara rasminya ditutup, tepat jam 11.59 tengah malam tadi.

Artikel Berkaitan: Tarik Diri Daripada ABPBH34, Zul Ariffin Nak Fokus Jadi Insan Lebih Baik – ‘Saya Tidak Bersara Dari Dunia Lakonan’

Artikel Berkaitan: Selepas Zul Ariffin, Remy Ishak Pula Tarik Diri ABPBH34 – ‘Peluang Harus Diberikan Kepada Mereka Yang Lebih Layak Untuk Bertanding’

Artikel Berkaitan: Zizan Razak Pula Umum Tarik Diri ABPBH34, Bagi Peluang Pada Bakat Baharu

Artikel Berkaitan: ABPBH 34 Jalin Kerjasama Dengan TikTok Untuk Kali Kedua, Tampil Satu Lagi Kategori Baru ‘Artis TikTok Popular’

Tarik diri tak disenarai TOP5

Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34, memaklumkan undian yang diperoleh daripada empat calon awal yang menarik diri iaitu Zul Ariffin, Remy Ishak, Zizan Razak dan Youtuber Zukie Mohamad tidak akan disenarai dalam Top5 ABPBH34.

Bagaimanapun, undian diperoleh tiga artis terbabit untuk kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, tetap diambilkira atas faktor pencalonan adalah mengikut watak gandingan yang dibawa calon dalam drama atau filem, selain mahu berlaku adil kepada pasangan atau pelakon yang digandingkan dalam karya dipertandingkan.

Pentingkan integriti dan legasi

Dalam pada itu, Pengarah Jawatankuasa Pengelola ABPBH 34 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir, berkata sebagai acara hiburan berprestij yang mementingkan integriti dan legasi dicipta lebih tiga dekad lalu, ABPBH mahu terus memberi mandat kepada peminat untuk menentukan artis layak bergelar Bintang Paling Popular.

Industri kreatif tempatan runtuh sejak pandemik COVID-19 melanda negara lebih 18 bulan lalu. Namun, kita lihat kesetiaan dan sokongan peminat terhadap penggiat seni terus utuh. Tidak keterlaluan jika dianggap peminat adalah penyelamat kepada kelangsungan dunia hiburan yang perlahan-lahan bangkit semula susulan kelonggaran diberi kerajaan kepada penggiat industri kreatif, baru-baru ini.

Sehubungan itu, ABPBH mahu terus menyemarakkan industri kreatif dengan menyantuni sokongan diberi peminat terhadap penggiat seni termasuk artis yang tercalon dalam pusingan awal dan akhir ABPBH 34.

Tambahnya, ABPBH juga memperakui bakat dan sumbangan anak seni yang menepati syarat ditetapkan Jawatankuasa Penjurian ABPBH 34 untuk dicalonkan dalam kategori utama dan online acara anugerah ini saban tahun.

Sehubungan itu, ABPBH berharap usaha menyemarakkan industri kreatif pada era pandemik ini, dan lebih penting memberi peluang pekerjaan kepada petugas belakang tabir sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran edisi ke-34 ABPBH ini dapat diteruskan atas semangat kekitaan sesuai dengan tema tahun ini #KITABERSAMA.

Kami juga ambil maklum mengenai sebab-sebab penarikan diri mereka, dan akan mengambil langkah-langkah penambahbaikkan yang sesuai bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang, demi memastikan acara tahunan ini mampu menyumbang dengan lebih efektif dalam memartabatkan lagi industri kreatif tanahair.

Pada malam kemuncak ABPBH 34, sebanyak 14 kategori utama dipertandingkan iaitu Artis Baharu Lelaki Popular, Artis Baharu Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Pelakon TV Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi, Penyanyi Wanita Popular Xiaomi, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Artis Komedi Popular, Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Penyampai Radio Popular dan kategori baru iaitu Watak Animasi Popular.

Turut dipertandingkan adalah enam (6) kategori online iaitu Gandingan Serasi Drama Popular, Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah FANtastik Popular, Watak Antagonis Popular, Artis TikTok Popular dan YouTuber Popular. Undian untuk kategori Anugerah FANtastik Popular dan Artis TikTok Popular mula dibuka hari ini.

SKIP THIS AD ×