Seorang gadis berusia 18 tahun nekad menyembunyikan syabu di dalam kemaluannya kerana ‘tergoda’ dengan upah yang diberikan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam TikToker Selamba Seludup Nasi Bungkus Dalam Pawagam
Artikel Berkaitan: Kastam Tahan Wanita Seludup Ular, Lipan Dalam Pakaian Dalam
Sedia jadi keldai dadah
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Prohaba, gadis itu menyembunyikan dadah tersebut di dalam alat perancang kehamilan untuk dihantar ke Lembaga Pemasyarakatan (LP) Kedungpane di Semarang, Jawa Tengah.
Menurut Ketua Unit Keselamatan Semarang, Supriyanto, gadis itu tiba sekitar jam 8.50 pagi di kawasan parkir motosikal pengunjung di pekarangan luar Penjara Kedungpane.
Setelah penggeledahan dilakukan oleh petugas penjara wanita dan anggota polis wilayah, mereka menjumpai barang yang mencurigakan di mana ia dibungkus dengan kondom dan disembunyikan di dalam kemaluannya.
Gadis itu sedar bahawa barang yang dibawanya adalah barang terlarang. Walaupun begitu dia sanggup menjadi keldai dadah kerana jumlah upah yang ditawarkan kepadanya sebanyak 2.5 juta rupiah (RM752.68).
Difahamkan juga, gadis tersebut hanya perlu membawa dadah ke Penjara Kedungpane dan menyerahkannya kepada seorang banduan.
Sumber: Prohaba