berita

Update : Penjualan Tiket 2NE1

October 24th, 2012 | by Ai
Hollywood

Sekiranya minggu lalu, pihak OHBULAN! telah mengumumkan bahawa kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 bakal gegar Malaysia pada 8 Disember akan datang, nah di sini kami ada update terkini untuk pejualan tiket konsert tersebut di mana ia akan mula dijual pada 26 Oktober ini.

Tiket untuk konsert ‘2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia – New Evolution’ akan dijual dengan harga RM638 (VIP), RM538 (Rock Pit), RM438 (Kategori 1), RM338 (Kategori 2) dan RM188 (Kategori 3).

Penjualan tiket terhad kepada 8,000 penonton sahaja.

Tiket akan mula dijual Jumaat ini bermula jam 10 Pagi – 6 Petang bertempat di Stadium Merdeka.

Tiket online pula boleh dibeli menerusi semua Ticketpro dan RedTix online serta outlet bermula jam 1 petang, pada hari yang sama.

Sebarang maklumat lanjut berkaitan penjualan tiket, akan dipaparkan menerusi laman Facebook di www.facebook.com/runningintothesun dan untuk Twitter pula, anda boleh follow di @RITSmy.

Berikut merupakan gambaran pentas serta kedudukan tempat sewaktu konsert berlangsung :

SKIP THIS AD ×