berita

‘Usaha Tangga Kejayaan’ – Netizen Perli Amirah Aqilah Masuk Kerja Semula

April 28th, 2023 | by Alia
Isu & Kontroversi

Kecoh di media sosial minggu lalu, apabila isteri pempengaruh popular View Chin, Shermine Ah Moi memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra suaminya di WhatsApp bersama seorang wanita iaitu pekerja mereka sendiri yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Duit, Ada Penyondol’ – Shermine Ah Moi ‘Warning’ Influencer, Jaga Perangai Elak ‘Disondol’

Artikel Berkaitan: View Chin Kembali Ke ‘Office’, Kongsi Video Di Kawasan #Tangga

Artikel Berkaitan: ‘Suka Ajak Keluar, Gaji Sikit & Sembang Lucah’ – Bekas Pekerja ‘TikTokers’ Buka Cerita, Dedah Perangai ‘Toxic’ Bekas Majikan?

Mula kerja #sabar

Terbaharu, wanita yang dikaitkan dengan View Chin, Amirah Aqilah telah memuat naik sebuah video pendek di Facebook (FB).

Menerusi video itu, memaparkan dia berada di dalam sebuah kereta dipercayai sedang menuju ke tempat kerja. Amirah juga meletakkan tanda pagar #sabar pada kapsyen.

Assalamualaikum semua, mari mulakan kerja dengan senyuman #sabar.

Netizen perli

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet yang melemparkan kecaman dan memerli wanita berkenaan rentetan isu skandal dengan majikannya.

Terdahulu, Amirah tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan View Chin terjalin setelah lelaki itu bercerai dengan isterinya. Dalam masa yang sama dia juga memohon maaf atas semua yang terjadi.

Sumber: Facebook 

SKIP THIS AD ×