Pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan tentang hukum kaum Adam yang sengaja menanggalkan baju sehingga menampakkan tubuh badan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peniaga Durian Tiada Niat Tayang Badan Sado, Nafi Jadikan Sebagai Marketing – ‘Buka Pakaian Waktu Itu Sebab Cuaca Panas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Kaut Untung Daripada Hasil Kutipan Derma
Penjelasan agamawan
@mohdfitrihafifis sikit demi sedikit menjadi ikutan#teguran #ustazazharidrus #fitrihafifis #uai #guru #ustaz #ulama #nasihat
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Ustaz Azhar dalam nada tegas berkata hukum menanggalkan baju adalah haram meskipun masih menutup aurat.
Patutnya lelaki tak boleh buka baju tepi jalan..buang baju tinggalkan seluar sahaja.
Walaupun aurat dia dari pusat sampai ke lutut tapi bila wanita lalu dan tengok jadi haram. Lelaki tengok tak haram, perempuan tengok haram.
Pendakwah itu juga turut menjelaskan tentang fitrah wanita dan lelaki seperti mana yang terkandung di dalam Al-Quran.
Siapa(lelaki) yang tidak suka tengok wanita, orang itu menyalahi fitrah.
Lelaki memang suka tengok wanita, wanita pula suka tengok lelaki. Bukan jahat, itu adalah fitrah.
Setiap manusia dilahirkan ada fitrahnya yang tersendiri. Fitrah lelaki suka kepada wanita, fitrah wanita suka kepada lelaki.
Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar mengingatkan supaya setiap muslim perlu menuntut ilmu agama agar tidak melakukan perkara yang berdosa.
Mengaji, duduk depan alim ulamak. Ilmu itu banyak.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan beberapa orang penjual durian tidak memakai baju.
Bagaimanapun, mereka sama sekali tidak berniat untuk ‘menayang’ badan dan menjadikannya sebagai satu cara untuk menarik pelanggan ke kedai.
Sumber: TikTok