berita

[VIDEO] Viral Jemaah Perempuan Enggan Rapatkan Saf Di Masjid, Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum 

March 23rd, 2024 | by Alia
Kini Trending

uai saf perempuan

Baru-baru ini tular isu jemaah perempuan di sebuah masjid yang enggan merapatkan saf mereka dan solat secara berkelompok.

Perkara tersebut telah menyorot perhatian dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Beri Penjelasan Hukum Poligami Tanpa Izin – ‘Ingat, Isteri Pertama Jasa Dia Besar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Tegur Sistem ‘Support Vendor’ Tak Sah, Kieda Crepe Balas Tak Pernah Paksa Pelanggan Beli

Rapat & luruskan saf

uai saf perempuan

Gambar sekadar hiasan

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus mengulas tentang isu berkenaan. Menurut Ustaz Azhar, makmum perlulah berganjak dan merapatkan saf untuk mendapatkan solat yang lebih kusyuk.

Kalau kebetulan kena berganjak, jadi perlulah berganjak. Biar sahaja orang lain duduk atas sejadah kita. Tengok ada lompong, kita bergerak dan tinggalkan sejadah.

Biarkan kaki lebih kurang sejengkal, tumit kiri dan kanan juga sejengkal.

Jangan duduk renggang, sembahyang jemaah kena rapatkan saf, dengan rapatkan saf kita lebih khusyuk.

Dalam pada itu, Ustaz Azhar juga menegaskan tentang hukum tindakan tidak merapatkan saf ketika solat berjemaah.

Hukumnya kalau sengaja, makruh perbuatan tersebut. Paling penting sekali rapatkan saf dan luruskan saf.

Kerana nabi kata kalau tidak lurus maka hati kita jadi bengkang bengkok. Jika tidak rapat maka kita tidak rapat sesama kita.

@hariznajmi2

Isu Saf Orang Perempuan Dan Hukum Rapat Saf | Ustaz Azhar Idrus #saf #solat #solatterawih #ramadan

? original sound – Hareez – Hareez

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×