Sekadar gambar hiasan
Di Banten, Indonesia seorang ustaz didakwa mencabul beberapa pelajar perempuan berusia 15 dan 16 tahun ketika melakukan upacara mandi bunga bagi tujuan menyalurkan ilmu kebatinan.
Artikel Berkaitan: 8 Beradik Trauma Jadi Mangsa Cabul Ayah Sendiri, Emak Ugut Bunuh Diri Kalau ‘Report’ Polis – ‘Waktu Tu Sangat Gelap…’
Artikel Berkaitan: Doktor Tergamam Pelajar Perempuan Mengaku Dirogol Bapa Kandung Tapi Lagi ‘Geram’ Bila Ibu Sendiri…
Artikel Berkaitan: Kenapa Uncle Tonyoh Muka Kakak Dekat…’ – Ibu Tergamam Anak Jadi Mangsa Kerakusan Kawan Baik Suami
Gadis muda jadi mangsa ustaz
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Suara.com, kejadian pertama tidak bermoral tersebut dilakukan oleh ustaz berkenaan pada April yang lalu. Difahamkan, ketika itu seorang pelajar perempuan datang menghadiri kelasnya dan menawarkan diri untuk mendalami ilmu kebatinan sebelum dia disuruh mandi bunga.
Mengulas lebih lanjut, ketika proses mandi bunga itu berlangsung pelajar itu dipercayai dimandikan dalam keadaan berpakaian sebelum dia dicabul oleh suspek selepas prosedur itu tamat. Ujar Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Tangerang, Komisioner Polis Abdul Rachim suspek dipercayai melalukan perkara yang sama kepada beberapa pelajar perempuan yang lain.
Kami mendapati bukan sahaja seorang mangsa terlibat, malah ramai lagi yang menjadi mangsa ustaz terbabit.
Trauma dengan apa yang terjadi
Sekadar gambar hiasan
Bapa saudara kepada mangsa mendakwa kejadian tersebut membuatkan mangsa trauma dengan apa yang telah terjadi. Difahamkan, kegiatan tidak bermoral ustaz tersebut terbongkar susulan laporan yang dibuat oleh ibu bapa mangsa.
Anak saudara saya diminta buka baju kemudian dicium dan diminta untuk memegang kemaluannya.
Sumber: Suara.com