Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal memberi pandangan tentang isu mencari jodoh melalui cara ‘speed dating’ yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Ustaz Don Daniyal Tampil Beri Pendapat & Penjelasan – ‘Nak Boikot Ikutlah Ulul Amri, Jangan Membab* Buta’
Artikel berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Terkilan Orang Islam Sertai ‘Speed Dating’ – ‘Agama Sangat Meninggikan Maruah & Sifat Malu’
Ikut undang-undang Islam
Menerusi perkongsian di TikTok SinarPlus, Ustaz Don berkata, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya cara tersebut berlandaskan kepada undang-undang Islam.
Islam bukan satu agama yang mengongkong. Islam adalah agama yang ada undang-undang. Harini orang bercakap tentang ‘speed dating’ dan sebagainya. Yang pertama sekali, ada tak perkara-perkara yang ditegah dan dilarang dalam Islam.
Ada tak masa pergi dating tu pegang tangan? Kalau ada, haram. Masa pergi dating tu pakaian kena buka semua bagi lelaki atau perempuan tengok? Kalau ada, haram.
Kalau sekadar duduk, masuk dan menyembang apa beza bersembang di pasaraya? Apa beza bersembang di pejabat? Kaedah ini bertujuan untuk mencari pasangan. Tambah pula zaman sekarang pasangan ni susah nak cari.
Menurutnya, pergaulan antara lelaki dan wanita sudah berlaku secara normal tanpa melakukan dosa.
Pertama, jangan buat hidup kita ini semua sekolah di madrasah. Bukan semua orang duduk di sekolah lelaki semata-mata. Bukan semua orang duduk di sekolah perempuan semata-mata. Kita ni daripada kecil dah bercampur sekolah. Jadi kita kena faham suasana itu.
Bukan membenarkan ikhtilat tadi jangan salah faham tapi maknanya pergaulan di antara lelaki dan perempuan berlaku secara normal di sekeliling kita tanpa buat dosa.
Maksud bukan semua orang kalau berjumpa je kena bercium seperti mat salleh (orang barat). Itu budaya yang salah.
Usaha untuk mencari jodoh
Dalam pada itu, Ustaz Don berpendapat tidak salah untuk seseorang berusaha mencari jodoh dengan cara tersebut namun perlu mengikut syariat Islam.
Malah, dia turut menyeru pihak berkuasa untuk mengeluarkan garis panduan yang betul untuk mencari pasangan hidup.
Kita kena faham ada orang yang berusaha untuk mencari jodoh dan ini salah satu jalan yang ada sekiranya betul dengan cara Islam. Sebab itu firman Allah senang sahaja, nak buat apa pun letak Islam punya undang-undang dulu tapi ingat jangan sampai terlebih Islam. Itu orang panggil ‘over’ dan terpaling Islam.
Jadi caranya, susun satu-satu. Boleh tak lelaki dengan perempuan bersembang? Boleh terutama pada perkara-perkara untuk mencari jodoh. Yang kedua, tempat itu tertutup sorang-sorang, berdua-duaan atau umum macam restoran? Kalau umum, khalas (selesai). Letakkan Islam punya garis panduan.
Hari ini saya menyeru kepada Jabatan Agama Islam dan pihak berkuasa untuk mengeluarkan garis panduan macam mana cara nak ‘dating’ iaitu mencari jodoh.
Sumber: TikTok