berita

Ustaz Ini Ceritakan Peribadi Mulia Shamsul Ghau Ghau Yang Berhijrah Berkat Doa Ibu

August 20th, 2015 | by Wan
Make-It-Senang

Screen Shot 2015-08-19 at 11.38.10 PM

Shamsul Ghau Ghau bukanlah satu nama yang asing di dalam industri seni hiburan tanah air. Jika dahulu kita sering bergelak ketawa melihat lakonan Shamsul Ghau Ghau di kaca televisyen namun kini tidak lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu Shamsul Ghau Ghau sebenarnya sudah memperlahankan aktiviti seninya selaras dengan penghijrahan mendalami agama Islam.

Cerita tentang kebaikan daripada penghijrahan Shamsul Ghau Ghau mula tersebar di laman sosial malah diakui oleh beberapa kenalan dan netizen.

Doa ibu ustaz

samsul2

Menerusi satu status yang dikongsi oleh seorang ustaz di Facebook, ustaz berkenaan pergi menyampaikan kuliah di sebuah masjid dan cukup senang melihat peribadi Shamsul Ghau Ghau yang turut hadir.

Shamsul Ghau Ghau yang duduk di saf hadapan para jemaah dengan lemah lembut menyapa Ustaz berkenaan.

Mungkin ditanya mengenai sebab atau kenapa dirinya berhijrah, Shamsul Ghau Ghau menjawab “Doa ibu Ustaz.”

Screen Shot 2015-08-19 at 11.14.31 PM

Komen netizen

Dalam pada itu, beberapa kenalan dan individu yang mengenali Shamsul Ghau Ghau turut berkongsi tentang peribadinya di ruangan komen.

Screen Shot 2015-08-19 at 11.41.15 PM 1 Screen Shot 2015-08-19 at 11.41.27 PM Screen Shot 2015-08-19 at 11.42.23 PM

Pernah tahun lalu ketika ditanya oleh wartawan kenapa dirinya berhijrah ke arah yang lebih baik, Shamsul Ghau Ghau mengakui terkesan melihat sahabat-sahabatnya yang telah ‘pergi’ meninggalkannya.

Apa-apa pun moga Shamsul Ghau Ghau terus istiqomah dalam apa jua yang didalami dan dipelajari.

Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

 

SKIP THIS AD ×