Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar memberitahu hari ke-10 Muharram di dalam kalendar Islam iaitu pada Selasa merupakan Hari Asyura yang penuh makna buat umat Islam.
Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Janji View Banyak & Produk Laku Tanpa Peduli Halal Haram’ – Ustaz Wadi Annuar Tegur Influencer
Artikel berkaitan: Hukum Ziarah Kubur Di Pagi Raya Jadi Tanda Tanya, Ini Penjelasan Ustaz Wadi Annuar
Sedia makanan istimewa
Menerusi perkongsian di TikTok, Ustaz Wadi berkata, menyediakan makanan yang istimewa buat ahli keluarga pada hari ini akan dipermudahkan rezeki seseorang itu.
Siapa yang menggembirakan ahli keluarganya pada hari 10 Asyura, dia sedia makanan yang istimewa untuk ahli keluarga dia Allah akan menyenangkan, memudahkan, memurahkan dan meluaskan rezeki dia sepanjang tahun itu.
Kalau selalu RM10, hari Asyura tuan-tuan istimewakan hidangan untuk ahli keluarga tuan-tuan. Ini maksud hadis ni.
Tuan-tuan istimewakan hidangan dan layanan untuk ahli keluarga tuan-tuan pada hari Asyura, nabi sebut dalam hadis Allah akan meluaskan dan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu.
Sekadar info, Asyura berasal daripada perkataan Arab ‘asyara’ yang bermaksud sepuluh dan mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi.
Menurut hadis Riwayat Ibnu Majah (1738), berpuasa pada hari Asyura adalah diperintahkan kepada umat nabi Muhammad SAW dan hukumnya adalah sunat.
Sumber: TikTok